AdSense

Wednesday, October 3, 2012

Najib pemimpin pertama di Asia guna app Google Hangout


Google hangout adalah antara aplikasi komunikasi yang popular dewasa ini.
Ia digunakan kebanyakan masyarakat seluruh dunia untuk berkomunikasi dengan mudah.

Kebiasaannya ia digunakan oleh organisasi dalam proses pembelajaran seperti kelas tambahan dan sebagainya.

Ia juga digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untk mengadakan sesi perbincangan atau mesyuarat tanpa perlu hadir ke pejabat.

Malam ini Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak akan on air bersama rakyat dan sekaligus menjadi pemimpin pertama di Asia yang menggunakan aplikasi Google Hangout ini.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah on air menggunakan Google Hangout ini adalah Barack Obama.


Aplikasi ini diguna diserata dunia untuk berkomunikasi dengan lebih erat dan mesra.
Malah PM kita sudah pasti akan menggunakan pelbagai medium semata-mata mahu mendekati rakyat. Baik dengan turun padang, facebook, twitter, live on air di stesen radio dan kini di Google Hangout. Najib, sentiasa utamakan rakyat!

1 comment:

  1. are you serious? I thought Anwar was the first on last August 17th?

    ReplyDelete