AdSense

Saturday, October 20, 2012

Kemewahan isteri Anwar Ibrahim didedah!


Sebelum ini kita sering membaca cerita yang dikeluarkan oleh blog-blog pembangkang mengenai isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor.

Pelbagai cerita yang disebarkan dan rating paling tinggi adalah mengenai cincin yang dikaitkan dengan Rosmah bernilai RM 24 juta.

Walaupun persoalan itu telahpun dijawab, yang mana ia (cincin) dibawa ke Malaysia atas urusan pameran, tetapi ia terus dimainkan di kebanyakan blog pembangkang malah di setiap ceramah pakatan rakyat.

Fitnah tersebut disebarkan waima jelas ianya tidak berasas. Mungkin kerana terlalu asyik menyerang peribadi isteri Perdana Menteri itu, sehingga terlepas pandang kepada realiti yang berlaku didepan mata.

Berpandukan seperti gambar di atas, berapakah nilai sebuah beg tangan yang dikendong Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang.

Adakah beg berjenama Channel yang sering digunapakai oleh selebriti antarabangsa itu hanya bernilai ratusan ringgit sahaja?

Jika ia sudah mencecah ribuan ringgit untuk sebuah beg tangan bersaiz kecil seperti itu, apakah ianya tidak dianggap 'mewah'?

Atau ia 'disedekahkan' oleh pihak ketiga, sepertimana yang berlaku berhubung isu jet peribadi Anwar Ibrahim, suami tercinta?

No comments:

Post a Comment