AdSense

Saturday, October 20, 2012

Cybertroopers PR takut berdepan FAKTA



Dalam lidah bercabang rasmi PAS, Harakah Daily ada memainkan isu berhubung insiden di Pejabat Menteri Besar Pahang.

Isu itu menjadi panas kononnya MB Pahang ajak penduduk tempatan bergaduh.
Psywar dari Cybertroopers ini nampak berjaya pada peringkat awal, tetapi gagal keseluruhannya.

Manakan tidak, video 'potong' yang di upload oleh PahangTV memakan durasi selama 1minit 17 saat itu begitu pantas tersebar bahkan menerima respon 'dislike' sehingga 95% berbanding responden 'like'.



Biasalah, isu panas yang tidak lengkap seperti itu begitu hebat aura nya.
Tetapi ia terus sejuk membisu tatkala jawapan diberi.
Lumrah Psykologi manusia, akan bertindak membabi buta tanpa soal selidik terlebih dahulu sehinggakan memperbodohkan diri sendiri.

Inilah yang dikatakan, bodoh sombong.
Akibat daripada termakan hasutan pembangkang yang sememangnya terkenal dengan cara memperkudakan rakyat.

Komen mula di sekat.


Sebenarnya apa yang dapat dilihat menjelang PRU13 ini, pembangkang semakin terdesak isu yang hendak dimainkan dan mereka terpaksa memperkudakan rakyat.

Penjelasan penuh isu MB Pahang dengan masyarakat Orang Asal

Sudahlah tiada isu yang hendak diutarakan memandangkan kerajaan BN setakat ini tiada masalah dalam membela hak rakyat. Apa yang meyedihkan, isu-isu serta masalah pembangkang itu sendiri yang belum mampu mereka selesaikan seperti krisis air di Selangor, hutang UNISEL, kroni lori sampah, dana Yahudi yang diterima PR dan lain-lain.

Buat rakyat yang sedar akan politik kotor ini, sebar-sebarkan kepada yang lain agar tidak mudah menjadi kuda tunggangan pakatan rakyat. 

No comments:

Post a Comment