AdSense

Wednesday, September 12, 2012

RASUAH??? Disebalik kisah pembelian lori sampah oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Suatu masa, ramai penulis blog pro-kerajaan mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan pengumuman pembelian lori sampah oleh exco yang mengawal PBT, YB Ronnie Liu.Mengapakah perlu dibeli lori sampah dari China sedangkan banyak pembuat lori sampah di Malaysia?NST hari Ahad dalam ruang “Truck and Transport Guide‘ mendedahkan bahawa lori sampah yang dibeli adalah dari China dan berjenama Dongfeng.

Isu timbul apabila pemegang francis bagi lori jenama itu di Malaysia menyuarakan tidak puashati bila Kumpulan Darul Ehsan membeli 50 lori jenama itu terus dari seorang pembekal di China dan ini berkemungkinan bertentang dengan perjanjian francis.Pemegang Francis, Dongfeng Commercial Vehicle Sdn Bhd mendedahkan bahawa model lori yang dibeli adalah model lama yang sudah lapuk (obselete), tidak lagi dalam pasaran dan tidak dibuat lagi.

Lori-lori yang akan diserahkan sebanyak 28 buah kepada majlis Bandaraya Shah Alam dan 18 buah kepada Majlis Perbandaran Petaling jaya masih lagi tidak boleh masuk kerana tidak menepati spesifikasi.Pihak pemegang francis mengatakan bahawa walaupun mereka sedia lakukan servis kepada lori-lori ini kerana mereka pemegang jenama Dongfeng, tetapi ianya bukan model yang mereka bawa.

Dengan demikian, perkhidmatan maintenance tidak dapat dipastikan  berjalan lancar.Mengapakah kerajaan Pakatan Selangor beriya-iya mahu membeli 50 biji lori sampah yang sudah lapuk dan tidak dibuat serta tidak dikeluarkan lagi? Bertambah lagi, kenapa mereka mahu sangat lori yang akan memberi masaalah maintainance?

Adakah orang dalam mengaut komisyen atau ambil balik ‘mark-up‘ dari pembekal yang tidak bertauliah di Malaysia? Itu adalah kesalahan rasuah atau salahguna kuasa.Nampaknya bukan saja masaalah sampah tidak dapat diselesaikan dengan segera, penyelesaiannya pun akan tergendala dan masaalah baru akan timbul. - SEL13.com

No comments:

Post a Comment