Tuesday, September 25, 2012

Portal pembangkang GAGAL burukkan Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan kerajaan telah menganiayai dan melakukan diskrimiasi terhadap atlit paralimpik di negara ini.  Beliau menegaskan tidak timbul soal diskriminasi seperti yang dilaporkan oleh beberapa pihak kononnya kerajaan telah menganaktirikan atlit kurang upayaberbanding dengan atlit normal dari segi imbuhan dan kemudahan sukan yang diberikan. Shabeery turut menjelaskan kerajaan telah membelanjakan RM50 juta bagi menubuhkan Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan yang telah hampir 90 peratus siap dibina adalah yang terbaik di rantau Asia dan juga merupakan salah satu di antara kompleks sukan bagi atlit kurang upaya terbaik di dunia.  "Atlit kurang upaya tidak perlu lagi menggunakan kemudahan sukan di Institut Sukan Negara. "Tidak ada negara lain di rantau ini yang membina kemudahan seperti ini seperti apa yang telah kita lakukan," katanya sewaktu sidang media di Parlimen semalam. Beliau turut menjelaskan elaun latihan yang diterima oleh atlit Paralimpik negara hampir sama jumlahnya yang diberikan kepada atlit-atlit normal bertaraf  yang lain di negara ini. "Mereka juga sebenarnya menerima elaun bulanan hampir sama seperti yang diterima oleh Lee Chong Wei. Tidak timbul soal diskriminasi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak," katanya. - KLPOS

No comments:

Post a Comment