AdSense

Tuesday, September 11, 2012

Marah betul Anwar pada orang yang simbah cat?


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan kedua yang membabitkan Bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' di sini semalam. Anwar beranggapan tindakan tersebut mempamerkan sikap biadap pihak yang terlibat dalam insiden tersebut. 

"Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap," katanya yang ditulis menerusi laman sosial Facebook milik beliau. 

Ketua Pembangkang itu berkata demikian susulan kejadian simbah cat merah melibatkan Bas Jelajah Merdeka Rakyat pada program bersempena sambutan Aidilfitiri anjuran PKR Cabang Jasin. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Shamsul Iskandar menjelaskan,  PKR Jasin membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai petang semalam. 

"PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang," katanya lagi. Kejadian ini mengulangi insiden yang sama pada program Jelajah Merdeka di Kota Bharu, Kelantan berdekatan Pasar Siti Khatijah. 

Sumber : KLPOS
http://www.klpos.com/politik/15661-jelajah-merdeka-anwar-kecam-insiden-kedua-simbah-cat-di-jasin

No comments:

Post a Comment