AdSense

Tuesday, August 7, 2012

Rakyat MARAH!!! : Memang kerajaan Pakatan Rakyat hanya pandai tabur janji!!!

Apa sudah jadi dengan kerajaan Pakatan Pembangkang ni?
Masa berkempen pilihanraya beberapa tahun lepas, bukan main lagi janji itu dan ini.
Apabila sudah mendapat kerusi memerintah, semua janji untuk menjaga hak rakyat terus berlalu begitu sahaja.

Apa yang dijanji oleh Pakatan Rakyat, hanyalah satu janji kosong dan ianya dicipta untuk mengaut undi semata-mata.

Apa yang berlaku di negeri-negeri pemerintah kerajaan Pakatan Rakyat telah banyak membuka mata orang ramai.
Ternyata tsunami politik 2008 memberi satu hikmah yang cukup besar.
Kini, rakyat menderita kerana janji kosong Pakatan Rakyat.


Petikan dari blog Sahabat Gunung :

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim digesa agar tidak lari dari tanggungjawab dan menyelesaikan segala kekeliruan berhubung isu penjualan Pangsapuri Damai. Beliau sebelum ini tidak menjawab persoalan yang diketengahkan mengenai isu penjualan pangsapuri tersebut.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd Zohdi berkata, Suee Lim perlu menjawab persoalan tersebut memandangkan beliau masih memegang jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut.

"Beliau harus sedar tanggungjawab beliau sebagai Adun dan tidak lepas tangan terhadap persoalan-persoalan yang masih menjadi tanda tanya," katanya. Menurut Budiman, penduduk mempertikai mengenai kuota bumiputera dalam penjualan pangsapuri tersebut yang dilihat tidak adil dan berat sebelah. Tambahnya, penjualan pangsapuri tersebut di bawah harga pasaran juga tidak relavan dan beliau seharusnya memberi penjelasan berhubung persoalan ini.

"Sebagai Adun, beliau perlu menerangkan sendiri mengapa perlu pangsapuri tersebut dijual dengan harga di bawah pasaran dan mengapa penduduk tidak diberi peluang bagi memiliki rumah tersebut,"katanya.

Menurut Budiman, dia berharap agar Suee Lim tidak memandang isu ini seperti dipolitikkan ini kerana isu perumahan merupakan isu rakyat melepasi sempadan politik. Semua orang berkeinginan memiliki rumah sendiri atas sebab itu penduduk Sekinchan mesti diberi peluang memiliki rumah tersebut.

Tambahnya,sejak akhir-akhir ini juga dapat dilihat terdapat beberapa isu yang tidak dijawab sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

"Sebagai contoh adalah isu Talam Corperation dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak mahu mengulas lanjut dan memberi kenyataan berhubung isu tersebut,"katanya.

Menurut Budiman,penjelasan Suee Lim adalah penting berikutan penduduk mengharapkan penjelasan daripada pihak beliau sendiri. Beliau tidak boleh lari dari tanggungjawab kerana beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan (PADAT).

No comments:

Post a Comment