Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sabri Ahmad berkata penambahan tersebut bagaimana pun bergantung kepada peluang dan manfaat yang bakal diperoleh melalui pembelian itu.
"FGV menyasarkan untuk menjadi pemain nombor satu dunia industri kelapa sawit dalam masa lapan tahun akan datang. Dengan pembelian 150,000 hektar tanah lagi, jumlah tanah FGV akan mencecah satu juta hektar," katanya kepada Bernama.
Pada masa sekarang, FGV mempunyai 350,000 hektar tanah perladangan dan menguruskan 500,000 hektar tanah milik peneroka.
Bagi rancangan masa depan FGV, Sabri berkata negara-negara Asean yang berpotensi adalah Kemboja, Myanmar dan Indonesia, bagi pengukuhan segmen huluan.
"Jadi, negara-negara Asean ini menjadi tumpuan kepada FGV dalam peringkat pertama dan sekiranya ada peluang, kita ingin mengembangkan sektor perladangan dan pembuatan.
"Bagaimana pun, ianya masih beradapada peringkat awal, kita sedang buat kajian teliti, kajian teknikal, kajian kewangan, risiko yang mungkin timbul dan sebagainya," katanya.
Pada masa yang sama, Sabri berkata penanaman pokok kelapa sawit baru sedang dilakukan di atas 15,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, bagi menggantikan pokok-pokok yang sudah tua.
Politik kotor pembangkang. |
Warga FELDA bijak. |
No comments:
Post a Comment