AdSense

Saturday, August 11, 2012

Demokrasi cara pembangkang : Media disaman selagi tak ikut acuan mereka





Satu nama yang semakin tenggalam tapi kini kembali muncul dengan bertindak menyertai PAS.
Mungkin untuk masuk syurga dengan cara tak perlu beribadat, hanya undi, maka PAS yang tawarkan 'perkhidmatan' itulah yang menjadi pilihan artis ini.

Sudah tergolong dalam puak puak pakatan maka tiada apa lagi untuk dijadikan rezeki barangkali selain melakukan kerja propaganda dan saman menyaman.

Sebagai rakyat yang hidup dalam negara demokrasi, Suara Lensa berharap semoga Abby terus kekal abadi dalam kancah politik kotor pakatan rakyat. Semoga dengan undi PAS, Abby dapat masuk syurga, tak perlu beribadat. Dan perkara inilah menunjukkan kepada rakyat betapa taksubnya segelintir umat yang mahu mempelajari agama tetapi pada saluran yang salah.

Abby nak saman Utusan? Samanlah Abby... kos-kos guaman mungkin ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat...

No comments:

Post a Comment