AdSense

Friday, July 27, 2012

wow! Adik Rafizi tabur janji untuk abang-abang!


"Kenyataan beberapa pemimpin Umno yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa serta dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais. "Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan diantara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan berjanji akan melakukan usaha-usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Tambahnya, jika rombakan struktur cukai dibuat eksais di hapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Produa, Toyota, Honda, dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini. "Harga kereta Proton dan Produa masih kekal sebagai harga kereta terndah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar 50,000 setiap satu model secara purata," katanya.

Sumber: KLPOS

No comments:

Post a Comment