AdSense
Sunday, July 29, 2012
Skandal Lim Guan Eng dan Wan Azizah bikin Anwar Happy???
Wan Azizah, bini kepada Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu lincah bak ayam betina telur sebijik riuh satu Permatang Pauh.
Imbau kembali ketika laki dia masuk lokap yang lebam-lebam mata nya (gambar itu la dijaja sepanjang kempen pilihanraya)
Suara Lensa bukan nak posting pasal mata lebam Anwar.
Bukan nak imbau bagaimana sekeping foto mata lebam itu dijadikan bahan tagih simpati.
Tetapi nak imbau kelantangan Wan Azizah yang terpekik terlolong promosikan parti ADIL ditepi tepi jalan.
Ketiaka keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara, TERUS SENYAP lantangnya suara wanita itu.
Tidak lagi kedengaran suara manjanya di tepi tepi jalan.
Mungkin nak jaga aurat.
Suara wanita itu kan aurat...
Pejam celik pejam celik, Anwar pun sudah penat lututnya edar fitnah ke segenap pelusuk kampung.
Ssampaikan tulang belakang nya kian rapuh.
Kemungkinan kes liwatnya yang dibuka semula oleh Saiful dan kemungkinan juga video rendah akhlaknya bersama China Dol menyebabkan Anugerah Kak Wan itu mula memikirkan untuk 'slow' dalam kerjanya sebar fitnah serta tabur janji kosong kepada orang ramai.
KINI
Wan Azizah mungkin akan bertelur sekali lagi untuk meriuhkan bukan sahaja Permatang Pauh bahkan Pulau Mutiara, Pulau Pinang.
PULAU PINANG, tanah cina milik Lim Guan Eng dan bapa serta kroni-kroni.
Dan Wan Azizah mahu duduk di kawasan itu?
Inilah skandal Wan Azizah.
Dan percaturan skandal ini membuatkan hati Anwar Ibrahim lega?
Lega kerana dapat menjaga nama keluarga Anwar dalam kisah politik pakatan pembangkang!
Petikan dari Portal Agenda Daily :
“Kena menang dulu. Kemudian, kita akan fikirkan mana-mana (jawatan) yang sesuai,” jelas Wan Azizah dalam sidang media pada awal bulan ini mengenai keputusannya itu.
Timbul persoalan, apakah DAP akan memberi laluan kepada Wan Aizah menerajui pimpinan di Pulau Pinang selepas Lim Guan Eng berkuasa sebagai Ketua Menteri sebelum ini?
Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti kerana ada pemerhati politik menjangkakan ‘skrip’ antara PKR dan DAP sedang disiapkan untuk ditonton rakyat Pulau Pinang ketika kempen PRU 13.
Memang ketika ini, DAP menguasai 19 kerusi DUN, PKR (9) dan satu PAS manakala BN Pulau Pinang yang turut dilanda tsunami politik PRU 12 hanya dapat mengekalkan 11 kerusi.
Atas kertas, jika pembangkang kekal memerintah selepas PRU 13, DAP masih boleh mewakili PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang.
Bagaimanapun, menurut pemerhati politik, perkara yang mula mengusarkan pembangkang di negeri itu adalah kembangkitan semula pengundi-pengundi Melayu untuk memberikan sokongan kepada BN khususnya kepada calon-calon UMNO yang akan bertanding kelak.
Macam-macam tindak tanduk DAP yang dilihat menekan masyarakat Melayu di negeri itu sudah membangkitkan kesedaran untuk mereka kembali menyokong BN malah masyarakat India yang turut ‘terluka’ ekoran peristiwa penindasan di Kampung Buah Pala juga mula menekan parti itu.
Justeru itu, pembangkang perlu menarik semula undi Melayu bagi memastikan mereka kekal memerintah Pulau Pinang dan disinilah peranan Wan Azizah.
Harus diingat semua 11 kerusi BN sekarang diwakili pemimpin Melayu UMNO.
Dan dalam usaha merampas semula negeri itu, rakan-rakan komponen dalam BN sudah berkompromi memberi lebih banyak laluan kepada calon-calon UMNO bertanding dalam PRU 13 bagi mencapai matlamat itu.
Analisa statistik sebelum ini, nampak benar kemenangan pembangkang di negeri itu diperolehi di atas tonggak undi Cina.
Malah Adun PKR Maktar Shapee pun bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang bergalaskan undi Cina.
Penduduk Pulau Pinang berjumlah 1,561,383 orang — Cina 670,400, Melayu 636,100 dan India 153,500. Bumiputera bukan-Melayu seramai 6,100.
Melayu yang tinggal di tanah besar seramai 410,700 orang (49% penduduk) berbanding Cina 287,100 orang (34%).
Manakala Melayu yang duduk di pulau pula seramai 226,400 (31%) berbanding Cina 382,400 orang (53%).
Angka-angka di atas membuktikan kuasa undi orang Melayu di negeri itu masih kuat dan dengan kembalinya sokongan kaum India dan sedikit masyarakat Cina kepada BN, ini yang semakin membimbangkan DAP, PKR dan PAS.
Dengan memberi pilihan kepada Wan Azizah sebagai Ketua Menteri, pembangkang beranggapan pengundi Melayu akan cenderung mengundi mereka.
Secara tidak langsung juga, DAP dilihat sanggup berkorban jawatan penting tersebut bagi membuktikan parti itu bukan parti perkauman sekaligus menampakkan ‘kesetiaan’ pakatan pembangkang.
Mungkin ketika ini telahan Wan Azizah bakal Ketua Menteri hanya ‘skrip’ dalaman tetapi apabila gendang PRU 13 sudah dipalu, pemerhati politik menjangkakan ‘skrip’ inilah bakal jadi modal utama pembangkang untuk terus kekal di Pulau Pinang.
Lagipun, tidak bermakna DAP hilang taring jika Wan Azizah jadi Ketua Menteri kerana di Perak sebelum inipun, walau PAS memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar tetapi cerita-cerita tangan DAP disebalik pentadbiran Nizar bukan cerita kosong.
Jika di Perak DAP boleh berkorban walaupun undang-undang tubuh kerajaan negeri itu mensyaratkan orang Melayu sebagai Menteri Besar, tidak mustahil DAP juga mengalah di Pulau Pinang kerana ‘matlamat menghalalkan cara’ sudah permainan biasa pembangkang.
Guan Eng tidak perlu gusar kehilangan jawatan Ketua Menteri, kerana Anwar pasti menjanjikan jawatan hebat di Putrajaya dan DAP boleh memilih jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Maka, hanya dengan menguar-uarkan Wan Azizah sebagai Ketua Menteri, pembangkang yakin pengundi Melayu akan menyokong mereka.
Sebagai rekod, Wan Azizah mengundi di SK Sri Penanti dalam DUN Permatang Pasir.
Kerusi tersebut dimenangi calon PAS Mohd Hamdan Abdul Rahman tetapi diganti Mohd Salleh Man pada 2009 yang menewaskan calon BN Rohaizat Othman menerusi pilihanraya kecil.
Dengan menawarkan PAS kerusi lain yang selamat serta majoriti 4,551 undi calon PAS dalam PRK 2009, Wan Azizah tidak bermasalah menang di kerusi DUN itu sekaligus juga tidak menghalang Wan Azizah jadi Ketua Menteri wanita pertama di negara ini dan sekaligus juga mengekalkan ‘the house of Anwar’ dalam kancah politik Malaysia.- SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment