AdSense

Thursday, July 19, 2012

Rosmah Sayang anak kecil. Wan Azizah Sayang siapa?





PUTRAJAYA 19 Julai - Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kepentingan negara ini menumpukan pada pendidikan yang memenuhi keperluan kanak-kanak yang memiliki bakat semulajadi agar tidak kehilangan mereka kepada negara lain dan ketinggalan daripada segi kemajuan. 

Menurut beliau, jika pendidikan awal tidak diberikan maka tidak mustahil sesebuah negara itu akan mengalami kesukaran memajukan ekonomi negara sekaligus mencorakkan perwatakan dan pertumbuhan negara. "Kita perlu melakukan pendidikan awal ini dengan segera sebab kita tidak mahu mengalami masalah kekurangan golongan cerdik pandai dan ketinggalan dalam perjuangan kearah usaha mewujudkan kemajuan transformasi. 

"Usaha ini juga penting bagi mengelakkan kanak-kanak bijak ini tidak 'dirampas' oleh negara luar," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Meraikan Gagasan Aman Kampus Nasional di Seri Perdana di sini malam tadi. Minggu lalu, warga Dubai dipukau oleh kehebatan anggota Permata Seni yang mempamerkan bakat luar biasa mereka melalui tarian, nyanyian dan permainan alat muzik dalam satu persembahan di sana. 

Persembahan itu diadakan bersempena undangan yang diterima Rosmah bagi menghadiri Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semula Jadi ke-12 di Dubai International Convention and Exhibition Centre (DICEC). Tambah Rosmah, individu yang memiliki bakat semulajadi sebagai aset bernilai di mana-mana negara, maka adalah penting pendekatan berbeza diberikan kepada mereka daripada segi pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kondusif yang sesuai dengan mereka. 

"Jika kita gagal menyediakan pendidikan yang mampu memenuhi keperluan mereka, kita bakal berdepan kemungkinan kehilangan mereka kepada negara lain, atau mereka mungkin keciciran atau tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas dan masyarakat," jelasnya.

Sumber : KLPOS

No comments:

Post a Comment