Projek Langat 2.
Satu projek yang idea nya datang dari kerajaan Persekutuan ditentang hebat oleh pencacai PR.
Kenapa ya?
Adakah ini hanya kerana ia buah fikiran kerajaan persekutuan maka ia harus di tolak bulat-bulat?
Sedangkan projek tersebut adalah untuk kesejahteraan rakyatnya.
Projek yang manfaatnya akan dinikmati rakyat, kerajaan negeri Selangor PR membakul sampahkan ia?
Sehingga berjaya menghasut pencacai PR untuk berdemo menentang projek rakyat?
Petikan dari blog Sel13.com :
Satu demonstrasi telah diadakan oleh kepimpinan Pakatan Selangor untuk menentang projek air terawat di Selangor.
Demonstrasi tersebut diadakan di hadapan Dewan Hamzah, Jalan Kota, Kelang. DEMONSTRASI RAKSASA seperti yang diuar-uarkan oleh kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat dan jentera-jentera propaganda mereka, hanya dihadiri tidak lebih 50 orang yang menyokong pengambilalihan SYABAS oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Minggu lepas, permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS ditolak oleh Kerajaan Pusat kerana ketidakmampuan serta kecelaruan Kerajaan Negeri Selangor sendiri dalam isu berkenaan.
Beberapa sebab telah diberikan tetapi salah satu sebabnya yang menghalang Kerajaan Negeri Selangor daripada mengambilalih SYABAS adalah kerana hutang kerajaan negeri kepada syarikat konsesi itu sendiri dan kes di mahkamah yang belum diselesaikan.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam demonstrasi tersebut adalah CHARLES SANTIAGO yang merupakan Ahli Parlimen Kelang, M.MANOHARAN ADUN Kota Alam Shah dan AZMIZAM, Ketua Pemuda PKR Kota Raja yang sedang mencari-cari tempat sebagai calon pada PRU13 nanti.
Dalam ucapannya, Charles Santiago mengutuk UMNO dan Kerajaan Pusat kerana MEREKA-REKA ISU AIR di Selangor sambil menggesa SYABAS agar memberikan atau mendedahkan tentang rekod keluar masuk air sebelum 7 Ogos 2012.
Katanya, jikalau SYABAS gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan menganggap SYABAS menipu rakyat dengan mereka-reka isu krisis air bagi membolehkan Barisan Nasional membina loji Air Langat 2.
Menurutnya lagi, Kerajaan Pakatan tidak akan menyertai pembinaan Loji Air Langat 2.
Azmizam pula dalam ucapannya menyokong Kerajaan Negeri Selangor mengambilalih pengurusan air dari SYABAS serta menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Selangor agar Rozali Ismail, Pengerusi SYABAS meletakkan jawatan.
Dia turut memberi amaran kepada UMNO dan Barisan Nasional agar tidak lagi membangkitkan isu air untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor kerana menurutnya ‘rakyat’ akan marah dan bangkit menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Dengan kata-kata lain, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang memberikan ucapan dalam demonstrasi tersebut, mendesak UMNO dan Barisan Nasional jangan persoalkan tentang krisis air dan gangguan bekalan di seluruh Selangor sekarang kerana itu boleh menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim.
Demonstrasi ini pada awalnya diadakan di hadapan Dewan Hamzah tetapi selepas itu, berarak sejauh 20 meter ke Dataran MPK sambil mempamerkan banner serta plakad. Selepas berdemonstrasi di Dataran MPK, mereka berarak lagi ke Pejabat SYABAS yang terletak di Jalan Perbandaran Kelang.
Di situ, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberikan ucapan sebelum bersurai.
Demonstrasi tersebut yang dikatakan sebagai DEMONSTRASI RAKSASA, dilihat kurang mendapat perhatian dan sokongan. Bagaimanapun, para peserta yang seramai tidak lebih 50 orang kelihatan sangat bersemangat dan sentiasa bertepuk tangan apabila sesuatu isu dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam ucapan mereka.
Dalam demonstrasi tersebut, dikesan terdapat 2 kain rentang dan 15 plakad. Pada kain rentang, tertulis, ‘DAP DAN DAPSY MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MENGAMBILALIH AIR DARI SYABAS’. Manakala pada plakad pula tertulis, “SYABAS MENIPU RAKYAT’, “KITA TAK NAK KENAIKAN AIR”, “SYABAS MILIK RAKYAT” dan “KAMI MAHU AIR PERCUMA 20 Meter Padu”. Sumber
Manfaat untuk rakyat dihalang?
What the f#ck ?
Sebagai pengetahuan rakyat2 yg lain (selain ppdk Selangor), 20 meter padu 'percuma' tu hanya bernilai RM11.00
ReplyDeleteTp krn tamakkan RM11 tu, aku skrg TERPAKSA hantar baju ke kedai dobi, beli berkatun2 air meneral/minuman, beli bekas takungan air yg besar, car wash dll. *Sigh*