Thursday, June 28, 2012

TERHARU aku tengok gambar ni...

Sokongan pelajar dan golongan muda terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak menunjukkan golongan itu sentiasa berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.

Najib sememangnya dekat dihati rakyat.
Sentiasa turun padang dan bersama-sama rakyat.
Ingat Najib, Ingat RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !

Gambar ihsan Agenda Daily
Petikan dari portal Agenda Daily :

SAYA RASA MACAM "ROCK STAR" !
Ketibaan beliau untuk merasmikan Ekspo Inovasi di kampus itu disambut oleh ' gelombang merah' ribuan pelajar TARC yang memakai t-shirt warna merah.

Mereka berbaris panjang diatas jalan kira-kira setengah kilomiter dari pintu pagar masuk utama hingga ke dewan majlis bersorak bagai suasana pesta menyambut Najib.

Gambar ihsan Agenda Daily
Ada diantaranya mengibarkan sepanduk 'Ah JIb Gor...We Love You'.Mereka berebut untuk bersalaman dengan beliau di sepanjang jalan.

Najib yang nyata terharu dengan sambutan majoriti pelajar Cina kampus itu,dalam ucapannya di majlis berkenaan secara berjenaka berkata," saya rasa macam rock star'.

Portal pembangkang cuba main isu kononnya pihak pentabir TARC galak pelajar pakai t-shirt warna merah dan melarang yang warna kuning. - Agenda Daily

No comments:

Post a Comment