Friday, June 29, 2012

PR pakar SPIN makan diri sendiri




“BN bukan mahu membantu sahaja tetapi kita mendekati mereka, kita menanyakan kepada mereka, apakah masalah-masalah yang mereka hadapi da bantuan yang diperlukan dari golongan ini, mereka mengariskan bantuan-bantuan yang diperlukan.

Kita menunaikan permintaan mereka kerana kita menepati janji. Itu hakikatnya. Kita menepati janji yang kita berikan kepada pemandu dan pengusaha teksi tetapi apabila YB Nizar Jamaluddin mengatakan bahawa BN merasuah dan PM terpaksa melutut kepada pemandu teksi, ini menunjukkan kecetekan beliau memahami masalah-masalah yang dihadapi pemandu dan pengusaha teksi ini,” ujarnya mengulas kenyataan Nizar Jamaluddin yang mengatakan BN dan PM terpaksa merasuah dan melutut kepada pemandu teksi untuk meraih sokongan.

Dalam masa yang sama, P.Kamalanathan mahu Nizar mengandaikan pula bantuan RM11.00 sebulan oleh kerajaan negeri Selangor untuk air percuma. Adakah itu juga dipanggil rasuah?

“Kita tidak pernah menekan perkara ini kerana jika kerajaan Selangor nak buat baik, kita terima. Tidak pernah kita itu rasuah. Ini pula Datuk Seri Nizar kerana dia rasa kecewa tidak lagi jadi Menteri Besar Perak, tekanan emosi dia tidak dapat memberi ketenteraman kepadanya dan beliau mula memberika kata-kata hasut sebegini tanpa mengira keperluan kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen (PAS) Bukit Gantang bercakap dalam sebuah laman portal mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa ‘melutut’ kepada pemandu-pemandu teksi dan merasuah dengan memberikan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara. Ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini.

Sumber : Sahabat Gunung

No comments:

Post a Comment