AdSense
Wednesday, June 20, 2012
Kuasa pelik landa Selangor menyusahkan rakyat
Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mula mentadbir negeri Selangor setelah PRU12, Selangor ini yang dari dulu dikenali sebagai salah satu negeri utama yang mempunyai kekayaannya sendiri dan mempunyai kapasiti menjana ekonomi tinggi telah diekploitasi dengan begitu rakus oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.Lebih-lebih lagi dah dekat PRU 13 maka sudah pasti perlu dana yang banyak untuk menanggung perbelanjaan Pakatan Rakyat dan dari mana lagi nak kumpul dana? Dari negeri-negeri yang dibawah taklukkan mereka adakah ianya akan menjadi salah satu penyumbang utama?Tambah lagi pada ketika ini apakah mereka sudah merasai bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkan kuasa di Negeri Selangor pada PRU13 nanti maka semakin rakus dan sedikit masa yang tinggal ini sudah pasti akan digunakan semaksima mungkin untuk menyamun dan meragut segala kekayaan Selangor yang tinggal?Jadi apa pula ceritanya tentang Pakej Ransangan Ekonomi Selangor yang bernilai RM50 billion ini?Skandal yang akan dibongkar oleh MyMassa adalah skandal penyelewengan RM50 billion milik Kerajaan negeri Selangor.
Klik pada pautan :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment