AdSense

Saturday, June 2, 2012

Geng pakatan cuba londehkan skirt artis K-Pop

Konsert K-Pop atau dikenali sebagai seni muzik nanyian dan tarian yang popular di negara Korea.
Baru-baru ini K-Pop telah menggegarkan di Putrajaya sempena Himpunan Jutaan Belia.
Sedia maklum, program itu diadakan khas untuk golongan belia.
Ia bersempena dengan Hari Belia Negara 2012.



Kenapa K-Pop?
Bagi Suara Lensa yang mengikuti perkembangan industri muzik seluruh dunia, idea Kementerian Belia dan Sukan Negara itu adalah sesuatu yang positif.
Belia Malaysia seharusnya mengambil inisiatif ini dengan memandang ke hadapan.

K-Pop, orang akan terfikir kepada belia Korea.
Shuffle pula, (tarian muzik) orang akan mula terfikir Melbourne.
Begitu juga dengan irama muzik Reggea, orang akan mula membayangkan Jamaica.

Bagaimana belia di negara-negara berkenaan mampun membawa nama negara mereka ke serata dunia?
Hanya dengan muzik dan seni, mereka membuatkan anak muda dari negara lain berasa kagum!

Usah bercakap soal Nasyid mahupun Tadarus Al-Quran kerana Malaysia sememangnya digeruni dunia.
Lihat sahaja wakil Tahfiz kita, berapa pingat yang dirangkul mereka.
Dan negara-negara Islam yang lain begitu kagum dengan Malaysia akan hal ini.

Kita melihat dari sudut lain pula, berbalik kepada isu K-Pop yang dicanang oleh pakatan pembangkang kononnya ianya tidak berfaedah dan membazir.
Pernahkah kalangan sesat (PR) itu terfikir jika anak muda Malaysia berjaya membawa nama negara ke setiap pelusuk dunia hanya dengan muzik?
Setidaknya mereka MENGHARUMKAN nama negara, bukan menghina negara sendiri di mata dunia sepertimana Anwar Ibrahim yang ditemuramah BBC and etc, juga seperti Himpunan Kotor April lepas yang ternyata mencemarkan Malaysia yang dikenali sebuah negara aman damai pelbagai kaum ini !

Fitnah pembangkang, seperti biasa akan cuba sedaya upaya untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional.
Untuk fitnah pada Himpunan Jutaan Belia lepas, mereka dakwa K-Pop adalah sesuatu yang membazirkan. Jelas, sudah nama pun fitnah.

Petikan Media :

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.


Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.


Inilah perbezaan kerajaan Barisan Nasional berbanding pakatan DAP PKR dan PAS.
Barisan Nasional bijak dalam menjana ekonomi.
Inilah keistimewaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara sejak 50 tahun lamanya, BN sentiasa matang dan ke depan, tidak seperti PR yang masih mundur dan lebih menyedihkan, PR adalah gabungan parti yang songsang !

Pakatan cuba londehkan skirt artis K-Pop?
Mereka tidak berjaya, malah mereka sendiri yang malu kerana amalan politik kotor mereka itu sentiasa MUNDUR !


No comments:

Post a Comment