KUALA LUMPUR 16 Mei - Anggota Majlis Peguam Malaysia Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah memfailkan permohonan mahkamah agar membatalkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan baru-baru ini.
Beliau telah menamakan Majlis Peguam, Badan Peguam Malaysia, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan setiausahanya Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan bagi tuntutan tersebut.
Menerusi tuntutan tersebut, Mohd Khairul Azam telah mengemukakan beberapa tindakan yang diantaranya adalah : -
1. Suatu pengisytiharan bahawa notis EGM bertarikh 4 Mei tidak sah dan menyalahi Akta Profession Undang-udangan 1976.
2. Suatu pengisytiharan bahawa usul yang dicadangkan oleh defendan pada 4 Mei tidak sah kerana antaranya tidak memberikan masa mencukupi kepada penerima memberikan respons.
Khairul Azam yang merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sebelum ini mendakwa Majlis Peguam Malaysia bersifat berat sebelah dan sentiasa menyatakan pendirian yang tidak mempamerkan sebuah badan yang berintegriti serta berkecuali. - KL POS
Kita sama-sama lihat bagaimana Bar Council pula diadili atas prinsip demokrasi, di Mahkamah. Selepas ini undian dalam Bar Council akan dijalankan sama seperti Pilihanraya, kalau tidak mereka tiada hak lagi untuk bersuara mengenai hak dan demokrasi.
ReplyDeleteSelama mane sesaorang itu mampu menipu, kalau dah selalu sangat menipu, lambat laun ape saje yang dia kata atau buat, orang akan kata, semua tu tipu aje lah. Tiada yang benar, melainkan tipu sahaja.
ReplyDelete