AdSense

Friday, May 18, 2012

Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

 Lumrah dalam hidup, sukar untuk individu untuk menerima teguran.
Apatah lagi ia kritikan.
Malah ia bukan sekadar kritikan semata-mata bahkan ia adalah kritikan membina.

Lumrah sifat manusia yang ego dan sombong, tidak boleh ditegur...

Kebiasaanya dalam dunia politik di Malaysia ini, hanya ahli PAS yang tidak boleh ditegur.
Hanya PAS sahaja yang Islam.
Selain daripada PAS, kafir.
Itu kata orang PAS sebelum ini.

Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Begitu juga dengan ahli PKR.
Langsung tidak boleh ditegur.
Sudahlah tidak boleh dikritik malah kita pula yang dimaki.
Bila kita dedahkan skandal seks yang ternyata rendah akhlaknya, kita pula dimarahi dengan menyebar klip video berkenaan.
Hingga aksi-aksi dalam video itu dikatakan konspirasi UMNO.



Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Begitu jugalah dengan ahli DAP.
Gelagat rakus seorang pemimpin DAP yang biadap dengan menghalau peniaga kedai Mamak di Pulau Pinang sudah pasti terngiang-ngiang dalam kepala setiap yang menonton baik di lokasi kejadian mahupun dengan hanya menonton video insiden itu.
Bila kita kata pemimpin berkenaan sebagai rasis, kita pula diherdik
Walhal jelas ayat 'lu pergi balik India' masih segar dalam ingatan kita.


Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Bukan dalam pakatan pembangkang sahaja hal ini berlaku.
Malah dalam parti keramat UMNO juga.
Walaupun kritikan dan teguran itu adalah sesuatu kebaikan, kita tidak terlepas dari mendapat balasan yang tidak sewajarnya.
Usahkan untuk berterima kasih.

Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Dalam isu melibatkan Papa Gomo yang setiap masa dibalun oleh segelintir golongan yang tidak senang dengan dirinya, golongan yang kemaruk mengejar populariti, malah boleh dikatakan golongan yang ego dan bodoh sombong.

Unit Media Baru, tidak seindah rupa.
Nama sedap, content parasit.
UMB, Unit Menghabiskan Beras !

THINK !


Petikan dari artikel Papa Gomo :

Inilah sikap Melayu, bila orang berjaya maka ada pihak yang tidak akan puas hati dan akan menjatuhkan pihak satu lagi. Dan inilah kuasa Wang bila sudah kenyang dimakan maka takut rezeki nya terputus. Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah. Ini puncanya, ini lah jawapanya.

Gomo dah maklumkan pekara tersebut kepada beberapa pihak tertentu dan juga pemimpin parti akan apa yang berlaku. Malah bukan suara Gomo keseorang menyampaikan pekara ini sebaliknya bersama dengan Gomo adalah Brotherhood yang lain.

Apa motif kami? Kenapa kami ni terutamanya Papa Gomo menyibuk nak kacau UMB?

1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan

2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.

3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB"

4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut.

5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari keewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak"

5) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN. 


Lumrah manusia tidak boleh ditegur...
Buat warga sekalian umat, Agama, Bangsa dan Negara tidak boleh dijualbeli dengan wang ringgit !

1 comment:

  1. Ala boring dengan korang nie.. buat kerja jerlah.. dok gaduh tak setle secara berbincang. puas atau tak puas hati setle belakang, nak jaja dalam blogg dapat apa-apa ke? korang nie membuka pekung didada. pikirlah kita semua satu team. Hidup BN!

    ReplyDelete