Kritikan Noh Omar telah menjadikan SELCAT — yang mahu dipersembahkan kerajaan negeri kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik — terdedah sebagai hanya wayang kulit atau mesin basuh baju untuk bersihkan pemimpin dan kakitangan pro PR yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan banyak lagi yang lain-lain.
Sebagai kerajaan negeri yang mengaku diri mereka sebagai juara demokrasi sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan semangat demokrasi. Setiap isu seharusnya dikaji dan jika sahih, ianya diperbetulkan.
Ini tidak.
Mereka lebih berusaha untuk cepat dan segera untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan. Kadang kala, putarbelit bukan setakat menutup malu tetapi untuk membolehkan program menyamun diteruskan. - Sel13.com
No comments:
Post a Comment