AdSense
Thursday, April 12, 2012
Jadi warganegara dan anak muda yang BIJAK !
“Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia,sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat” tegas Menteri Belia dan Sukan,Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.
Tampil dengan tema “Joy Of Running”, Standard Chartered Fun Run 2012,akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini dengan sasaran 8000 peserta.Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan,Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan.Selain itu,kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi “Standard Chartered KL Marathon” yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment