AdSense

Friday, April 6, 2012

HANYA kerana politik dan kuasa!



Pakatan putar dan putar lagi,
Dalam mengejar cita cita ke Putrajaya, pelbagai cara mereka lakukan.
BERSIH3.0 menjelang pilihanraya?
Setelah 5 negeri dimenangi, masih lagi mengatakan sistem pilihanraya tidak telus?
Inilah pakatan, akan melakukan apa cara sekalipun baik cara elok mahupun cara kotor.
Hanya kerana gila kan kuasa !

Petikan dari artikel di Agenda Daily yang bertajuk :
Kecam SPR tapi pembangkang tak berani boikot pilihanraya

Pembangkang berterusan menyerang dan memberi tekanan kononnya tidak puashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) malah perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 dikaitkan dengan kegagalan agensi itu memastikan proses pilihan raya bersih dan adil.

Peliknya, pembangkang walaupun buat dakwaan dan tuduhan terhadap SPR termasuk kononnya memihak kerajaan dan UMNO, mereka masih bertanding sama ada di pilihan raya umum atau kecil.

Sepatutnya, kalau semua SPR tidak betul, pembangkang tidak perlu bertanding lagi atau boikot saja pilihan raya di negara ini.

Buat apa ludah di langit tapi kena muka sendiri atau menjilat semula ludah di lantai. Apa macam, pembangkang ada berani ke boikot pilihanraya di negara ini?

“Idea boikot pilihanraya tidak timbul. Walau kita tidak puashati dengan sistem mahkamah, kita gunakan juga platform mahkamah. Walau ada kelemahan dalam sistem polis tapi kalau ada kecurian, kita masih pergi kepada polis bukannya bomba.,”

“Jadi isu boikot tidak timbul pada tahap ini. Berkenaan kelemahan sistem dalam SPR, kita akan bangkitkan secara berterusan. SPR tidak patut berlengah-lengah atasi isu yang fundamental,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, Bersih 3.0 yang dirancang 28 April ini dijangka menarik lebih ramai penyertaaan.

“Saya berpendapat, berbanding  Bersih 1 dan 2, pengajur terpaksa jelaskan satu persatu sebab kenapa perlu perhimpunan, dengan penjelasan itu, Bersih 1 dan 2 dapat tarik penyertaan besar,” ujarnya.

Katanya, idea Bersih 3.0 lebih mudah dan terang  kerana pengajur tidak perlu bersusah payah  ambil usaha menerangkan alasan kegagalan jawatankuasa pilihanan Parlimen (PSC)  dan SPR.

Ini boleh jadi sebab kesungguhan rakyat keluar berhimpun.

Saifuddin juga menafikan kekecohan dan tindakan menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat pada Selasa, insiden dirancang pembangkang.

Alasan beliau, PKR,DAP dan PAS sudah menetapkan wakil untuk berbahas ketika usul berkaitan PSC dibentangkan.

“(Insiden) Itu tercetus kerana Speaker tolak terima pindaan memasukkan  laporan minoriti dalam laporan akhir PSC dan keenggan Speaker ubah keputusan walaupun kita berikan contoh kes-kes duluan di luar negara,” katanya


HANYA KERANA NAFSU POLITIK DAN KUASA
AMBIGA, PENEGAK MURTAD, MEREKA AGUNGKAN.
SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM, MEREKA TIDAK PERTAHANKAN !

No comments:

Post a Comment