AdSense

Sunday, April 8, 2012

Hantar SMS : hilang kepercayaan kpd speaker


“Saya bersetuju jika dikaitkan sikap beliau itu menjejaskan 'Institusi Speaker' DUN Selangor, ianya relevan dan ada hubungkaitnya, speaker tidak boleh buat begitu. Beliau sepatutnya bersikap 'nuteral' dan adil pada semua ahli dewan,” jelas Saidin yang ditemui Agendadaily di pejabatnya dekat Selayang, petang Sabtu.“Kredibiliti sebagai speaker terjejas kerana telah diragui, dipersoal dan tidak dihormati, imej beliau telah jatuh sebagai seorang speaker yang dianggap adil maka beliau wajar berundur,” tegas Saidin.Katanya, “pada pandangan saya tindakannya itu tidak berapa betul sebab speaker tidak boleh mempengaruhi ahli dewan. Beliau 'bias' kerana cuba pengaruhi ahli dewan supaya bercakap menyokong kerajaan.”Saidin yang memegang jawatan itu selama lapan tahun memberitahu seseorang speaker mestilah bersikap 'nuteral' ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker DUN.Beliau yang juga Pengerusi Veteran UMNO Selayang menjelaskan peranan spaeker adalah mempengerusikan mesyuarat berlandaskan peraturan-peraturan dewan, cara perbincangan apa yang boleh dan tidak boleh dan tidak bersikap memihak.Menurutnnya, pelantikan speaker di cadangkan oleh Menteri Besar atau mana-mana ahli DUN dan disokong oleh ahli dewan, bagaimanapun speaker juga boleh dilantik bukan kalangan ahli dewan.Dalam peraturan dewan, Saidin menerangkan bahawa peraturan memilih speaker, seseorang ahli boleh cadang seseorang ahli lain yang mana ahli berkenaan mesti memaklumkan bahawa beliau suka berkhidmat atau bersetuju sebelum dicadangkan.Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khimadalah ADUN Sungai Pinang dan merupakan bukan Melayu/Islam pertama menduduki kerusi tersebut selepas kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, PKR dan DAP menguasai negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.-Agenda Daily

No comments:

Post a Comment