AdSense

Friday, April 27, 2012

"Boss tambah upah"


Jika dulu Bersih2.0 para peserta diberi 'gaji' RM200 setiap seorang.
Kini angka bertambah kepada RM300.
Itu hanya peserta sahaja, bukan untuk si tukang 'provok'.
Si tukang provok dan si tukang ambil gambar pula berlainan upahnya.

RM300, kerja untuk setengah hari, mungkin 1 nilai yang lumayan.
Dan itulah harga untuk meruntuhkan negara dan mencetus huru-hara.

Dari sumber-sumber yang SL perolehi, upah gaji peserta demo kotor ini diberi melalui 'kawan atas kawan'. Mereka cuma diminta untuk turun KL pada 28hb ini. Turun bersama mereka. Memakai pakaian biasa. (pujukan yang seolah-olah mereka tidak terlibat dengan pendemonstrasi)

Selain itu, street photographer mahupun freelancer dan pelajar dalam bidang fotografi juga tidak terlepas dari 'side job' ini.
Satu keping gambar yang menarik akan dibayar pada harga tinggi.
Dan si tukang ambil gambar ini akan berada berhampiran dengan si tukang provok bagi mendapatkan gambar yang menarik.

Hanya photographer yang dikenali sahaja yang akan berada berhampiran dengan pemimpin pakatan, ini kerana untuk mendapatkan angle yang berlainan dari street photographer.


Kini modus operandi pekerja Bersih sedang sibuk mencari peserta terutamanya dikalangan anak muda. RM300, nilai yang tinggi untuk remaja/pelajar.

Walaupun usaha mereka agak sukar dek kerana 'kekalahan' teruk Ambiga di 'cuci' Ketua Pemuda UMNO Malaysia semalam, pekerja Bersih kini menggunakan sentimen perkauman pula.


Tercetusnya video Bersih membuat kacau di majlis keagamaan masyarakat Cina yang dipertontonkan di You Tube tempoh hari, menyedarkan masyarakat Cina bahawa agenda Bersih ini sememangnya kotor melampaui batas.
Dan tidak hairanlah sesetengah masyarakat India pula yang cuba mempromosikan agenda kotor ini.
Sesetengah masyarakat India hanya bersetuju dengan perhimpunan kotor ini hanya kerana individu berpangkat Pengerusi Bersih ini, Ambiga dari kaum mereka.

Ya, hanya sesetengah sahaja.
1-10, hanya 3 daripadanya menyokong agenda kotor tersebut.
Ini jelas dengan timbulnya 1 video bersiri.
Video menunjukkan masyarakat India majoriti tidak bersetuju dengan agenda kotor 28 April ini.

MEMBETULKAN ANGGAPAN MITOS 8 PERMINTAAN BERSIH 

P.Kalamanathan adalah individu berbangsa India yang menolak politik kotor Ambiga Sreenevasan.


Apa yang diomongkan pemimpin PAS bahawa mereka akan bersama Ambiga, peguambela Lina Joy (wanita murtad) ini seramai setengah juta orang?

Satu terjemahan angka untuk meyakinkan orang ramai bahawa perhimpunan Duduk Bantah ini mendapat sambutan menggalakkan.

Terdiamnya Ambiga dalam debat semalam sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai yang mana agenda Bersih ini hanya kerana dendam dan niat kotor.

Peningkatan gaji peserta yang meningkat naik dari RM200 (Bersih2.0) kepada RM300 adalah persoalan yang perlu dimain dalam minda 'bakal peserta'.

Apakah kerana RM300 anda mahu meruntuhkan negara?
Apakah kerana RM300 anda mahu mencabar undang-undang?
Apakah kerana RM300 anda mahu melawan PDRM/FRU yang menjaga keselamatan anda selama ini dan mereka juga mempunyai anak bini seperti anda?

JANGAN TERTIPU LAGI

SPR telah jawab apa yang Bersih tuntut.
Semua sudah jelas jadi apa agenda sebenar pertubuhan ini?


Jika benar SPR tak telus, mana mungkin BN kalah di 5 buah negeri pada PRU lepas...

No comments:

Post a Comment