AdSense

Monday, February 13, 2012

Kenapa Mahathir tak boleh bekerjasama dengan Anwar


Kenapa Mahathir tidak boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim?
Adakah kerana Anwar 'GAY'?
Pastilah tidak.
Kerana GAY, keruntuhan akhlak bukanlah masalah utama.
(Walaupunbagaimanapun sebagai pemimpin yang mengaku seorang Islam, haruslah menjaga moral dan akhlak yang baik. )
Yang lebih utama adalah cara pentadbiran yang cekap dan berfikir di luar kotak dalam memajukan negara, bukannya kebergantungan kepada negara barat semata-mata.


Mari kita teliti apa yang ditulis dalam Blog Che Det antaranya berbunyi :

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.  

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.
 

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.  

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
Klik untuk baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment