AdSense
Wednesday, February 15, 2012
ISRAEL : Apa tindakan Nik Aziz ?
Baru baru ni Nik Aziz menyuruh Anwar Ibrahim meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang mempertahankan keselamatan Israel.
Kenyataan terbuka Anwar Ibrahim itu membuatkan ramai pihak yang tidak senang.
Sehingga negara-negara Islam yang lain ada yang berpendapat Malaysia punya pendirian adalah sama dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu.
Jenuh lah DS Najib nak menjawab kembali kepada negara-negara lain.
Jawab dan menegaskan yang mana kenyataan Anwar Ibrahim di Wall Street Journal itu bukanlah pendirian negara Malaysia. Bahkan Malaysia masih lagi berpendirian tetap dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Ada desas desus menyatakan isu Israel ini sengaja diperbesarkan.
Ada juga menyatakan ini permainan UMNO / Barisan Nasional.
Tetapi pendapat yang tidak matang itu hanya datang dari pengikut tegar Anwar Ibrahim.
Ini semakin jelas dengan terdengarnya suara dari sekutu Anwar Ibrahim, Nik Aziz yang menyuruh Anwar meminta maaf kepada pecinta keamanan serta jika kenyataan di Wall Street Journal itu tidak benar maka Anwar Ibrahim haruslah menyamannya.
Ini dikuatkan lagi dengan sokongan penuh dari Dewan Pemuda PAS yang berdiri dibelakang Nik Aziz.
Cuma kini, seperti mana desakan Hasan Ali, dimana bantahan dari golongan tertentu dalam PAS yang digelar parasit itu sehingga kini diam membisu.
Bukan niat mahu memecahbelahkan kaum kaum di dalam PAS cuma ia nya semakin jelas dengan terhakisnya golongan ulamak di dalam parti itu.
PAS semakin hebat dan semakin moden dengan adanya golongan professional sehinggakan lupa pada asal usul.
Apakah dengan tiada nya bantahan dari golongan itu maka menunjukkan mereka menyokong Israel?
Kembali kepada persoalan sepertimana tajuk di atas, isu Israel, apa tindakan Nik Aziz?
Apakah tindakan Nik Aziz sekiranya Ketua Umum Pakatan Pembangkang Anwar Ibrahim itu enggan melakukan apa yang disuruh?
Mampukah Anwar Ibrahim buang sifat ego nya lebih lebih lagi kepada individu veteran dalam dunia politik ?
Pilihanraya semakin dekat....
Undi : Rakyat Malaysia
Dana : Yahudi
"Diluah mati mak ditelan mati bapak"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment