Di uar-uar kan cerita si Rosmah ini berbelanja besar di Sydney.
Dr MiM |
Dan berkenaan pereka fesyen, Karl Capp akan memberi penjelasan tidak lama lagi sama samalah kita nantikan.
Apabila kita menyerang Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat, menggelarkannya sebagai tidak bermoral, pembangkang menyatakan bahawa itu sebagai serangan peribadi/individu.
Mereka menyatakan media/blog pro kerajaan sebagai kotor, menyerang keperibadian individu.
Walhal tidak pada hakikatnya.
Serangan ke atas Anwar Ibrahim sebagai contoh, blog/media hanya cuba menegakkan keadilan buat Saiful Bukhari.
Sebelum ini Anwar pernah membuat segala macam rayuan yang jika ditotalkan, berjumlah 38.
Kini apabila Saiful Bukhari mahu membuat rayuan kepada mahkamah berkenaan keputusan yang membebaskan Anwar Ibrahim 9 Januari lepas, ADAKAH INI ADIL buat Saiful yang baru hanya membuat rayuan buat PERTAMA KALI ?
Adakah ini yang dinamakan demokrasi?
Blogger/media kerajaan TIDAK menyerang keperibadian individu.
Anwar hendak menjadi penzina kah peliwat kah atau apa sekalipun, itu adalah hak dia sebagai manusia.
TETAPI bagaimanapula keadilan buat mangsa, Saiful Bukhari?
Dan adakah wajar seseorang yang tidak bermoral di angkat menjadi pemimpin?
Isu Rosmah yang dikatakan berbelanja mewah itu menunjukkan pembangkang sudah semakin ketandusan isu menjelang PRU ???
Salam, minta pautkan blog saya. terima kasih . www.dhanyaraam.blogspot.com
ReplyDeleteKolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
ReplyDeleteKolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.
Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.