Thursday, January 12, 2012

Anwar akan dipenjara 2014 ?

 

Baru2 ini Anwar telah bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Keputusan hakim yang dibuat tidak sampai lima minit Isnin lepas telah mendapati DNA tidak kukuh.

Dan selepas itu dikhabarkan pihak pendakwaraya tidak mahu membuat rayuan berkenaan hal itu.

Kasihan Saiful.
Kenapa insan yang tiada gelaran 'Dato'/ Dato Seri atau apa segala pangkat ini diKECUALIkan dari membuat rayuan ?

Semalam 11 Jan 2012 bapa kepada Saiful berdepan dengan kamera dan mahu dunia tahu akan kebenaran.



Antara yang kenyataan beliau :

" Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. 


Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia."

Benar kata beliau, mana keadilan buat Saiful?
Saiful adalah warganegara Malaysia.
Cuma beliau tiada gelaran Dato/Dato Seri/ dan apa segala pangkat lagi.

Pada jam 9.02am, 12 Jan 2012Lidah rasmi DAP/PKR/PAS, Malaysiakini membuat artikel bertajuk : Pembebasan Anwar: Pendakwaan akan buat rayuan

Antara petikan :
Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.


Jika sebelum ini prosiding mahkamah mengambil masa kira kira dua tahun dalam proses penghakiman, dan sekiranya peguam kepada Saiful Bukhari benar benar mahu meneruskan rayuan kes ini, maka tempoh yang sama iaitu dua tahun diperlukan untuk membuktikan kesalahan tertuduh ?

Anwar akan dipenjara pada tahun 2014 ?

1 comment:

  1. Kami tidak belarak dan berhimpun mcm kera kera biul PKRPAS. Tapi kami sentiasa memberi sokongan yg jitu!!! SEHINGGA satu masa yg amat memerlukan gerakan!!!

    TERUSKAN.....

    ReplyDelete