AdSense

Wednesday, December 28, 2011

Program MARI TIPU RAKYAT



Kalau tak kena tipu namanya bukan lah Kerajaan PAS, DAP PKR selangor. Kalau bukan namanya Tipu kita panggil dengan nama Kencing Rakyat. Gomo tertarik dengan apa yang telah dijual oleh kerajaan Pakatan Haram Selangor dalam meraih undi rakyat Selangor. Meh sini baca petikan dibawah:

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri.

Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan.

pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat.

Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih.

Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya.

Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul.


Sumber Keladaikini

Benarkan apa yang mereka kerajaan Pakatan Selangor nyatakan sepertimana didalam kenyataan diatas? Betul ke beb? Meh sini layan video dibawah ini:




Tu dia, jangan kata untuk rakyat Selangor tapi sebenarnya depa ni pulun duit rakyat kononya untuk diagihkan kepada warga emas sebaliknya wang sebanyak RM 2,038,200 yang telah dirompak hanya meliputi sebilangan sahaja dari mereka warga emas dan yang selebihnya telah dikaut oleh pemimpin Kerajaan negeri.

Yang pohon 160 ribu rakyat warga emas namun yang mendapat RM100 hanya yang TERPILIH sahaja. Awat yang terpilih sahaja yang meraih sumbangan RM100 tu? Yang lain pasal apa tak dapat?

Kalau nak beri kenapa tak beri pada semua yang pohon? Kalau dah yang memohon 160 ribu Rakyat warga emas kenapa tak diberikan kepada semua? Nak kelepet duit kot mana lagi depa ni pemimpin Pakatan PAS, DAP, PKR Selangor ni?

Baik lagi kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib Razak bila menghulurkan bantuan tampa prejudis dalam mengira siapa pun rakyat itu. Semua meraih pulangan dalam hal ini dan ianya terbukti sama sekali selama mana BN mentadbir negara.

BN cakap BN laksanakan bukan macam kerajaan Pakatan Selangor yang cakap pandai tetapi tidak mampu melaksanakannya. Pilihan ditangan anda dan renung renungkan lah.....- Papa Gomo

No comments:

Post a Comment