AdSense
Tuesday, December 13, 2011
Cepat-cepat!!! Kesuntukan masa!!! SPIN selagi boleh !
Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.
pencacai pembangkang
Itu dari lidah rasmi pembangkang.
Portal berita yang tak habis-habis dengan berita yang putar belit dan tanpa berputus asa mahu mengelirukan pembaca.
Mereka semakin terdesak isu.
Sehinggakan melakukan serangan individu semata-mata mahu memberikan persepsi busuk masyarakat terhadap agensi kerajaan.
Meraka cuba untuk bermain jolok jolok dengan agensi yang besar dalam negara iaitu FELDA.
Agak lucu bunyinya, manakan tidak, FELDA yang diusahakan kerajaan sejak sekian lama dan semakin bertambah maju terutamanya dalam sektor ekonomi itu kini cuba dirampas oleh pembangkang.
Dalam negeri yang mereka kuasai, tidak pula kedengangaran idea-idea baru untuk kesejahteraan rakyat, kesenangan rakyat, tetapi yang mereka tahu adalah cuba untuk merampas kemewahan rakyat yang diusahakan kerajaan.
Begitu juga hal nya dengan Putrajaya.
Pada mulanya mereka mahu menjual aset negara itu jika mereka memerintah.
Kini, tak jadi pula, katanya mereka mahu memiliki Putrajaya pula.
Berbalik pada apa yang berlaku di FELDA, apa kelebihan pembangkang adalah mereka tidak pernah berhenti dan berputus asa dalam memburukkan kerajaan serta membuat fitnah jahat.
Kita baca pula fakta ini :
MELAKA 10 Dis. – Usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.
“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.
KLIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau felda tu tak hebat, takkan ramai org berkepentingan berminat dgnnya. bukankah felda tersohor seluruh dunia ? menjadi model kpd kejayaan membanteras kemiskinan. siapa yg mengusahakannya? felda teruk pakat keronyok, felda berjaya pakat meleleh ayo liyor,manusia.manusia.
ReplyDelete