Monday, December 26, 2011

Buaya mana nak ngap buaya mana

100% HALAL !!!
Bukan lagi kes 'air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya' namun kalutnya macam ' buaya mana nak ngap buaya mana'. Itulah keadaan terkini dalam PAS.

Mungkin kerana tersedar dan bimbang kekalutan antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti jadi bertambah cacamarba, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man awal pagi Khamis lagi sudah hantar kenyataan pada media yang bernada nak ajak semua buat ' damage contro'.

Katanya PAS nak panggil Dr Hasan, Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang jadi pencetus kecoh - (apabila umum Dr Hasan kalah pencalonan untuk tanding semula kerusi DUN Gombak Setia baru-baru ini) untuk  memberi penjelasan.

Katanya penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah.

"Melihat situasi PRU yang semakin hampir, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj samada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti. Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai ‘team player’ untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

"Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.’ Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti.," katanya.

Rabu keadaan menjadi bertambah rumit apabila Naib Presiden PAS Mahfuz Omar yang dikenali sebagai ' kaki komen bulan dan bintang ' buat sidang akhbar tuduh Dr Hasan sudah isytihar perang ke atas PAS apabila menolak slogan Negara Berkebajikan.

Malah katanya jika beliau Dr Hassan, beliau sudah angkat kaki dari parti.

Dr Hasan pula muncul di ruangan Soal Jawab TV 3 pada sebelah malamnya antara lain menegaskan kebimbangan ( jika)  pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya. Katanya ia tidak ada maknanya.

Ini katanya apabila melihat keadaan agama Islam, Melayu dan institusi Raja ' entah di mana' nanti.

Cara beliau gambarkan semasa menyentuh hal berkenaan di program itu ialah negara akan jadi haru biru jika pakatan pembangkang memerintah.

Sementara itu tidak lama selepas Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan media,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali adakan sidang akhbar di Ibupejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau nampaknya tidak berganjak mendakwa Dr Hasan masih berada dalam perangkap UMNO.

Malah mendakwa ada bukti satu 'mesyuarat sulit ' dihadiri oleh Dr Hasan dan Nasharudin di Hotel Le Meridian,Kuala Lumpur selepas solat terawih Ramadhan lalu.

Katanya pertemuan itu dihadiri oleh tiga orang lain.Beliau enggan menyebut nama mereka.

Dalam erti kata lain, Mustapha hendak beritahu bahawa PAS tahu tindak tanduk atau gerak langkah Dr Hasan.

“Saya nak tanya apa beliau bincang. Adakah soal ekonomi atau politik. Dia nak nafi atau jawab, terpulang...saya ada maklumat apa beliau buat,” katanya.

Menariknya beliau cuba pisahkan Nasharudin dengan Dr Hasan dengan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS itu sudah menjauhkan diri dari UMNO.

Mengulas soal perangkap UMNO seperti didakwanya, Mustapha berkata, “ perangkap politik orang tak nampak, yang kena perangkap pun tak sedar,”.

Bahkan katanya, Dr Hasan sudah buat kerja-kerja UMNO dengan mengujudkan suasana resah dalam PAS.

“UMNO senyap sekarang, mana ada komen apa-apa sebab kerja sudah dilaksanakan orang lain,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah pada Nasharuddin yang pada pandangannya sudah keluar perangkap UMNO, Mustapha mendakwa perpaduan dalam PAS masih kuat dengan kerjasama ulama dan profesional.

Beliau percaya tidak ada yang menyokong Dr Hasan seperti didakwanya kecuali golongan atas pagar yang keliru dengan apa dikatakan ADUN Gombak Setia itu.

Katanya, Dr Hasan tidak faham bahawa PAS tetap jadikan Islam sebagai dasar perjuangan Cuma pendekatan yang berubah.

Mustapha juga semacam memberi kata dua kepada Dr Hassan bila menasihatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berhenti bercakap.

Saya akan berhenti bercakap pasal komen-komen Hasan ..kalau Hasan serang PAS saya akan pertahan ,"tegasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak fikir bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu akan masuk UMNO atau diterima oleh parti berkenaan.

Menjawab soalan, beliau percaya isu ini akan selesai selepas Dr Hasan, Nasharuddin dan Saari dipanggil memberi penjelasan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Apa pun ding dong dalam PAS kini selain nak tutup malu, ianya macam labu membaiki tikus.

Apabila Mustpha mendedahkan pasal pertemuan babitkan Dr Hasan pada Ramadhan lalu, nampak isu asal yang dimusykilkan Exco Selangor itu semakin jauh. Semakin dekat dan jelas adalah PAS sudah tidak boleh tarik ‘brek. - Agenda Daily


No comments:

Post a Comment