AdSense

Wednesday, November 23, 2011

Penyokong PAS / PKR kena hukum GANTUNG ???


Untung laaa kalau di Malaysia UNDANG-UNDANG ketat sepertimana yang berlaku di lain-lain negara.
Sebut saja negara mana yang tak ketat undang-undangnya.

Undang-undang yangmana hanya menjaga keamanan dan kestabilan dalam negara.
Ada ke negara yang yang pihak berkuasanya mahu melihat negara mereka DIHINA dan DIPERMAINKAN?

Bercakap soal kebebasan bersuara, demokrasi, apakah ianya tidak perlu ditapis demi perpaduan dalam negara?
Jika semua orang boleh sesuka hati menghentam orang lain dan lebih-lebih lagi orang tersebut adalah individu yang disanjung tinggi sebagai pemimpin dan menjadi ikon berstatus mulia.

Betul kata-kata di kedai kopi, 'mereka juga manusia biasa, tidak kira pangkat dan darjat, hanyalah manusia juga'
Tetapi perlu diingat, mereka inilah kuasa bangsa yang perlu dipertahankan! 

Kita lihat dalam negara Malaysia ini, hari demi hari semakin ada yang begitu kurang ajar terhadap Raja dan Sultan. Jauh berbeza pada masa dahulu. Raja dan Sultan adalah simbol kepada kekuatan! Bukan penghinaan!

Suatu masa dahulu, tidak hairanlah Laksamana menginap berhampiran dengan Istana. Kerana apa? Kerana mahu memastikan tiada yang berniat khianat terhadap Raja dan Sultan. Begitu juga dengan rakyat, Raja dan Sultan adalah Ketua Negara dan Agama yang dihormati.

TERBARU !
Di Thailand, seorang penderhaka dihukum gantung kerana menghina Raja!
Begitu juga di Barat contohnya, King, Queen, individu yang perlu disanjung tinggi!

Usah menghina orang lain demi kepuasan diri sendiri.




No comments:

Post a Comment