AdSense

Sunday, November 6, 2011

Orang Melayu TAK LAYAK bekerja dalam Malaysia ?

Itulah maksud yang cuba disampaikan seorang lelaki DAP Tony Pua.
Kurangkan kakitangan awam.
Jika PR memerintah mereka nak buang separuh dari yang ada sekarang.

Kononnya mereka (kakitangan awam) tak buat kerja?
Kononnya mereka makan gaji buta?


Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negara China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011



Persoalannya, jika majoriti dari mereka itu bukan berbangsa MELAYU, apakah Tony Pua dari DAP ini akan menyentuh soal ini?

Dalam sektor swasta yang kebanyakan di monopoli bangsa Cina, kenapa tidak kawal sekatan terhadap pekerja bangsa Melayu? Pergi saja mohon kerja di pejabat-pejabat berbangsa Cina, jika sudah tertera di luar pintu "KELAYAKAN" 1.MAHIR DALAM BHSA INGGERIS. 2. MAHIR DALAM BHSA CINA.

Apa maksud?
Maksudnya kau memang tak boleh bekerja disitulah wahai MELAYU!
P kelas bahasa Mandarin dulu okay!


 Jika majoriti dari mereka itu bukan berbangsa MELAYU, apakah Tony Pua dari DAP ini akan menyentuh soal ini?

2 comments:

  1. Kalau buang kaki tangan kerajaan aku tak setuju, kalau kaki tangan kerajaan makan gaji buta aku setuju. Kalau kerja berhemah, rajin, berkualiti, amanah dan cekap semua orang sokong. Gaji naik tapi prestasi masih ditakuk lama.

    ReplyDelete
  2. Ya cik pudina, tak perlu dibuang dgn kuantiti yg byk smpai separuh. tgk pd komen2 org rmai, masih ada pkhidmatan yg lemah n mslh inilah yg perlu dipbaiki pihak yg bkenaan. buang pkerja bkn pnyelesaian mlh akn mnmbahkn lg mslh pngguran. tony nk tiru chinna n dlm ms sama akn myebbkn mslh sprti di amerika, mslh pngguran.

    ReplyDelete