Ramai yang tidak bersetuju dengan manifesto baru DAP yang disuarakan Tony Pua berkenaan pembuangan kakitangan berkenaan dalam negara.
Aku sendiri ada bercakap soal ini sebelum ini.
Klik
Dan kebanyakan dari orang ramai, mereka hanya tidak bersetuju dengan KELEMAHAN dalam urusan yang membabitkan kakitangan kerajaan.
Bagi mereka, sistem sedia ada masih lemah. Dan ada yang mengatakan kebanyakan kakitangan awam ini hanya makan gaji buta. Mereka mahukan setiap urusan yang membabitkan kakitangan awam seperti di kaunter-kaunter hospital dan sebagainya dilakukan dengan cepat dan cekap.
Soal pembuangan yang melibatkan 50% penjawat awam jika PR menguasai, tidak dapat diterima sama sekali dengan kadar pengangguran yang masih dalam keadaan 'dirawat' masakan ia dapat dilaksanakan melainkan membebankan rakyat itu sendiri. Sedangkan negara maju seperti Amerika Syarikat pun masih berdepan masalah pengangguran yang tinggi dalam dunia !
Mereka (DAP dan PR) ini kita tengok begitu asyik bercakap soal pembaziran.
Setiap yang dilakukan kerajaan PR akan balun dan mengatakan ianya suatu pembaziran.
Seolah-olah dalam parti mereka tiada pembaziran?
Dilihat secara teliti, setiap yang dilakukan kerajaan itu TIADA pembaziran.
Percaya atau tidak, ini jawapannya.
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment