AdSense
Thursday, November 3, 2011
Apa beza Majlis Peguam Negara dengan Mahkamah Pandikuty ?
Ambiga lancarkan kempen Seksualiti Merdeka yang kononnya berasaskan Perlembagaan Malaysia.
Sebelum ini kes murtad. Dia lah pejuang nombor satu Lina Joy, masih ingat?
Orang-orang PAS yang berdemo depan pejabat peguam suatu masa dahulu melaungkan takbir, menjerit mempertahankan akidah umat Islam, bersama-sama orang UMNO menentang murtad.
Dan Ambiga jugalah orang nombor satu dalam penganjuran demonstrasi jalalan yang diberi nama Bersih 2.0.
Dan mendapat sokongan penuh PAS !
Planning yang sama, kononnya berasaskan Perlembagaan, Bersih di jalankan atas tiket menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Kerajaan sudah banyak kali memberi penjelasan. Sebagai contoh, kemenangan 5 buah negeri oleh pembangkang menunjukkan bukti jelas pilihanraya di Malaysia ini adalah telus dan adil. Tetapi penjelasan itu walaupun penjelasan yang tepat, ia tetap di endah kan. Kerana apa, kerana 8 tuntutan Bersih 2.0 itu bukanlah faktor utama pelancaran demo yang berjaya melumpuhkan ekonomi harian Kuala Lumpur. Agenda utama Ambiga dan sekutu serta dalang-dalang nya adalah mahu memecah belahkan rakyat Malaysia, kaum Melayu terutamanya.
Kini, Seksualiti Merdeka pula...
Apa itu Seksualiti Merdeka?
Berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa membuat laporan polis berkenaan hal ini.
juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera, buat siasatan.
Sebagai berbangsa Melayu majoritinya, Perkasa tidak mahu kemungkaran seperti ini BEBAS.
Agama ISLAM adalah agama Persekutuan, masih ingat?
Yang sebenarnya, SIAPA AMBIGA ini?
SIAPA pula Majlis Peguam Negara?
Kenapa Ambiga ini TERLALU KEBAL?
Apakah sekarang ini kita boleh MEMBALUN / MEMBUAT apa sahaja sesuka hati TANPA mengambil kira sensitiviti orang lain? Seperti perempuan Ampang ini ?
Jika negara Brunei masih percaya pada Tuhan, yang mana jika kemungkaran dibiarkan berleluasa, bala akan diturunkan bukan kepada individu tetapi seluruh isi dalamnya (negeri)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment