AdSense

Saturday, October 22, 2011

Umat Islam BANGKIT !!!

Mari kita sama-sama berhimpun hari ini di Stadium Shah Alam pada jam 2pm - 6pm.
Biar dunia tahu yang umat Islam di Malaysia ini MASIH GAH!
Jangan 'mereka' fikir kita ini lemah!
Umat Islam di Malaysia walaupun 'kecoh' dalam dunia politik TETAPI tetap bersatu !
Bersatu dalam soal akidah !
Ayuh semua BANGKIT !


Garis Panduan HIMPUN

Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :

1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.

2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar

3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran

4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan

5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium

6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing

7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.



Larangan :

1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program

2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.

3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.

4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung

No comments:

Post a Comment