TGNA bertegas mahu laksana hudud dinegeri Kelantan walaupun ditentang DAP.
Katanya Kelantan sudah lama mengimpikan perlaksaan hukum hudud itu.
Katanya laaa...
Yang pelik tu, kenapa waktu ini?
Waktu pilihanraya umum dah dekat?
Tahun 2009, 2010, tak dengar pula ayat-ayat keras dari TGNA ini
Apakah TGNA sudah ketandusan isu untuk menjatuhkan Najib?
Najib Tun Razak, kelihatan begitu segak dan bergaya bersama rakyat
Rakyat begitu menyanjung Perdana Menteri itu
Pergi aja kepada golongan muda mahupun tua, semuanya menyokong Najib sebagai tulang belakang negara.
Ni TGNA ni, apa masalah beliau yang sebenarnya kita memang sukar untuk tahu.
Apakah kerana pemikirannya yang maaf, nyanyuk itu membuatkan beliau seringkali bertindak sesuatu yang diluar kotak fikiran manusia normal?
Mungkinkah beliau merasakan isu hudud yang dibawa PAS sebelum ini adalah senjata utama dalam memenangi hati rakyat menjelang pilihanraya?
Dan kita juga harus ingat, apa agenda sebenar PAS mahupun Pakatan Rakyat ini.
Apakah mereka benar-benar ikhlas dalam mendahulukan rakyat sepertimana dilakukan Barisan Nasional?
Sebelum ini blog Gelombang Wangsa Maju ada membuat kajiselidik dan analisis yang merungkai tentang hudud tajaan PAS ini. Part I, Part II, Part III
Sebagai rakyat yang masih mencari identiti parti untuk dipangkah pada pilihanraya akan datang, tidak salah jika info sebegini dititikberatkan. Setiap parti ada agenda mereka tersendiri. Yang menjadi persoalan adakah agenda itu mendahulukan rakyat atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment