AdSense

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat : NAK 'JOIN' ke TAK? PAS perlukan masa nak menghadap DAP dulu?



Sebelum itu apakah HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini?
Apa tujuannya ?

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Jadi adakah Himpunan Sejuta Umat ini mahu juga dipolitikkan?
Kenapa PAS perlukan masa untuk memutuskan 'join' atau 'tidak' ?
Menurut Mustafa Ali, mereka membuat keputusan malam ini.


" Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu
etnik menjelang pilihan raya umum ke-13. "


Dan ini pula kenyataan terkini dari Hadi Awang

"PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program". - Harakah

Mengapa perlu MEMIKIRkan terlebih dahulu?
Apakah Mustafa Ali dan PAS masih mencari identiti diri?
Masih was-was sama ada mereka 'UMAT ISLAM' atau 'UMAT DAP' ?

Dan sepertimana keputusan Hadi Awang yang tidak mahu terlibat Himpunan Sejuta Umat ini apakah benar-benar menghormati kehendak penganjur atau kehendak DAP ?



Seperti tulisan yang dibulatkan pada flyers Himpunan Sejuta Umat diatas, 
Hadirkan Diri Anda Demi Islam

No comments:

Post a Comment