Semua tohmahannya kepada UMNO dan Barisan Nasional dapat ditangkis kerajaan.
Hanya dirinya sendiri yang masih tak mampu mengawal nafsu serakah.
Keinginan mendapatkan Putrajaya dilakukan pelbagai helah dan cara.
Cara putar-belit dan menipu serta janji kosong sepertimana janji 16 September.
Janji kosong buku si jinggay VS Bajet 2012 Negara
Bajet 2012 yang dibentangkan Dato Seri Najib jauh lebih baik dari buku jinggay keluaran DSAI suku-sakat Sdn Bhd. Ini diakui sendiri oleh orang-orang ekonomi. Antara rangsangan yang bakal memajukan sektor ekonomi negara kita adalah datang dari FELDA.
Terlalu banyak jasa kerajaan kepada FELDA dalam menaik taraf penduduk.
Dari pemberian tanah, ladang-ladang dan kemudahan-kemudahan asas yang penting.
Jika dahulu rakyat menggunakan jalan tanah merah yang pasti kotor pabila hujan serta berdebu ketika cuaca panas, kini tidak lagi. Jalan yang diturap tar menyelesakan rakyat.
Jika dahulu terpaksa menunggu lori-lori tangki air datang kerumah, kini hanya memulas kepala paip, rakyat sudah mampu mengambil wudhuk dari dalam rumah serta kegunaan makan dan minum seharian.
DAN HARI INI...
Pembangkang cuba untuk memesongkan penduduk FELDA dengan gula-gula pilihanrayanya.
Kali ini dengan menjanjikan tanah kepada mereka. Felda Plantation.
Tugas buat pembaca, sebarkan kepada rakyat bahawa janji-janji dalam buku jinggay itu tiada asas!
Ratus ribu hektar keluasan tanah tersebut mengikut perancangan kerajaan adalah untuk membasmi kemiskinan.
Tanah itu akan diberi kepada rakyat yang memerlukan.
Masyarakat di kampung-kampung, masyarakat dibandar-bandar juga dalam perhatian kerajaan.
Ada juga orang kurang bernasib baik hidup dibandar-bandar besar, dan inilah yang menjadi perhatian kerajaan.
Kerajaan juga peka dan prihatin kepada rakyat selain peneroka Felda.
Dan peneroka yang sudahpun memiliki tanah, sudah pasti tidak akan berasa tamak dengan termakan janji pembangkang.
Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah
bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah
RM1.5 juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada
yang memiliki empat buah kereta.
Janji pembangkang hanya janji kosong dan hanya gula-gula pilihanraya semata-mata. Janji yang dibuat hanya untuk kepentingan diri sendiri dan perlu tahu dan ingat! bahawa apa yang ada dalam buku jinggay itu retorik!
No comments:
Post a Comment