Sebelum ni ramai yang memperlekehkan Dato Sri Najib Razak.
Lebih-lebih lagi dikalangan pakatan rakyat baik ahli biasa mahupu pemimpin.
Hari ini menyaksikan satu demi satu kelantangan Najib didengar oleh mereka pakatan pembangkang.
Ramai yang tidak menduga dengan keberanian Najib dalam hal mengurus negara.
Ramai yang tidak menyangka akan langkah terbarunya iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.
Biasalah, pakatan pembangkang memainkan isu dari sudut negatif.
Mereka tidak langsung memandang dari sudut positif.
Bagi mereka apa yang dilakukan kerajaan semuanya adalah salah.
Hanya mereka sahaja yang betul.
Dalam blog-blog mereka mahupun akbar-akbar mereka, ada yang menyatakan bahawa kerajaan mengikut telunjuk mereka (pakatan pembangkang).
Diceritakan bahawa apa yang Najib lakukan hari ini adalah dari idea-idea mereka (pakatan pembangkang)
Tetapi, bila dikalangan UMNO menyatakan bahawa Negara Berkebajikan sudah lama diamalkan dalam pemerintah sedia ada, dan PAS cuma mengambil idea yang digunapakai UMNO sejak sekian lama, mereka (pakatan pembangkang) akan sedaya upaya menafikan dan menjawab dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal.
Itulah pakatan pembangkang yang hanya tahu menuding jari kepada orang lain.
Waima ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, yang sehingga kini masih menuduh kes liwatnya mahupun video seksnya adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.
Pemikiran pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang masih ditakuk lama ini amatlah mendukacitakan.
Sedangkan Najib bersama kepimpinan Barisan Nasional semakin memandang ke depan.
Selaras dengan dunia maju dan serba moden, Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA yang diwujudkan tahun 1960 itu dimansuhkan dan diganti dengan 2 akta baru. Akta baru yang masih di bawah payung artikel 149.
Niat kerajaan pemerintah adalah hanya untuk memastikan negara dalam keadaan selamat.
Mahu hak rakyat dijaga selaras dengan tema 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Tetapi apa yang Najib buat itu, dikatakan bahawa untuk meraih undi semata.
Itulah apa yang ada dalam pemikiran pakatan pembangkang, hanya politik.
Tiada yang politik melainkan politik.
Mereka berkempen setiap masa
Sehingga mereka lupa untuk berkebajikan kepada rakyat
Mereka lupa untuk memajukan negara.
SL percaya akta baru yang diwujudkan ini adalah akta rakyat, akta yang menjamin keselamatan rakyat.
Dan berkenaan Barisan Nasional di Selangor yang telah diherdik Najib, ia adalah sesuatu yang baik.
BN Selangor harus mengambil positif dengan apa yang diucap Najib semasa Konvensyen Barisan Nasional semalam.
Niat beliau hanya mahu yang terbaik untuk rakyat.
Diharap selepas ini Najib 'rotan' semua 'anak-anak' yang malas atau mengabaikan rakyat.
Biarpun mereka dari UMNO, MCA, MIC, rotan jika mereka pentingkan diri.
YB-YB yang lena 'tidur' itu harus dirotan cukup-cukup dan jika perlu dibuang 'sekolah', buang sahaja!
No comments:
Post a Comment