AdSense

Monday, September 19, 2011

Sampai Bila PAS mahu Salahkan UMNO

 Berkenaan hukum hudud yang kononnya mahu dilaksakan oleh PAS.
Nik Aziz dengan lantang menyalahkan Tun Mahathir.
Dikatakan bahawa mantan Perdana Menteri itu penyebab kenapa hudud tidak dapat dilaksakan.
 Sampai bila PAS mahu Salahkan orang lain sedangkan ianya datang dari diri sendiri?
Kelantan, kira-kira 20tahun memerintah negeri itu.
Kenapa tidak dilaksanakan hukum hudud  di negeri itu?

PAS masih lagi menjual isu lapuk itu dikampung-kampung.
Dimaki kerajaan BN dan masih menyalahkan kerajaan pusat.
Sedangkan Kelantan boleh laksanakan hukum hudud sekiranya Nik Aziz mahupun PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan dasar itu.

"Langkah mayat saya dahulu", kenyataan Karpal Singh ditanya berkenaan penubuhan Negara Islam.
Apakah ini penyekat kepada janji-janji manis PAS?
Ia hanyalah politik untuk kepentingan diri semata-semata.
Hanya janji manis kepada rakyat untuk memberi undi kepada mereka terutamanya golongan-golongan pertengahan di luar bandar khususnya.

Ini adalah strategi mereka kerana sedia maklum bapa-bapa menitik-beratkan soal keagamaan.
Tetapi amatlah tidak wajar jika bapa-bapa kita ini ditipu hanya kerana kepentingan politik peribadi !

Apakah ahli-ahli pakatan rakyat tidak mendapat nikmat kebebasan beragama di Malaysia?
Apakah Malaysia kekurangan masjid?
Jika di Kelantan, mungkin ya.
Negara Luar juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Jadi apa yang masih dituntut PAS selain kebencian terhadap UMNO.

Adakah semua hal yang ditimbulkan ini atas dasar dendam kepimpinan terdahulu serta perasaan hasad dengki yang masih menebal dalam parti serpihan UMNO itu?

PAS, Negara Islam, kini Negara Berkebajikan, sememangnya mereka hanya bermain politik untuk kepentingan diri sendiri !

2 comments:

  1. buruk sangat PAS sekarang ini....mereka dah lah melacurkan islam, tup-tup bila promo kata org ini-itu salah.......tengok nanti memang pKR dan PAS akan menyusut kawasannya, tapi DAP mungkin maintain...yang untung kafir cina nie....

    ReplyDelete
  2. betul ti fiqri. mudah2an slps apa yg dah byk berlaku hari ini menyedarkan peyokong PAS PKR

    ReplyDelete