Mat Sabu.
Orang nombor 2 dalam parti PAS.
Namanya cukup sinonim dikalangan pendengar-pendengar ceramah PAS.
Seluruh negara gemarkannya tatkala memegang pembesar suara, microphone.
Manakan tidak, setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh dengan unsur-unsur jenaka.
Jenaka seperti hikayat Pak Pandir itu begitu menarik minat pendengar-pendengarnya.
Jenaka lelaki bernama Mat Sabu ini juga mendapat tepukan gemuruh ketika menggelarkan Anwar Ibrahim dengan nama baru, Al-Juburi.
Mat Sabu, hanya menggunakan ayat-ayat dari mulutnya sahaja untuk membuatkan seseorang untuk meminatinya. Ditambah dengan sedikit lakonan, berimejkan lelaki sakit yang bertongkat, maka, perasaan simpati mula timbul dikalangan pengikut setianya.
Tapi, itulah Mat Sabu.
Lelaki nombor 2 dalam PAS yang hanya tahu bercakap.
Kurang pengetahuan dalam sejarah Tanah Melayu dan mahu bercerita seolah-olah dia berada bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan.
Soal mencapai kemerdekaan adalah satu tempoh yang lama.
Penat lelah Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar, Dato’ E.E.C Thuraisingham serta pejuang-pejuang lain adalah titik mula kemerdekaan di Tanah Melayu.
Ya, British itu juga penjajah.
Bukanlah untuk mengangkat bangsa itu, tetapi orang-orang British membantu kita untuk memerintah negara sendiri. Bukanlah ketika itu kita tidak pandai urus negara, cuma kurangnya sistematik dan teratur. Dan British sedikit sebanyak membantu menguruskan negara dengan lebih sistematik.
1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat. Ia merangkumi hal-ehwal negeri, pendidikan, dan lain-lain. Dan ia adalah untuk melatih anak tempatan untuk mengurus negara.
Demokrasi berparlimen berdasarka Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya Reid itu dibentuk pada 1955.
1956, lapan orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan.
1957, Tunku Abdul Rahman secara rasmi melaungkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu di Stadium Merdeka.
Jadi bagaimana pemikiran Mat Sabu boleh menjadi songsang dengan tidak mengHEROkan Tunku Abdul Rahman serta rakan-rakan seperjuangannya?
Apakah kerana politik, semua perkara dilacurkan?
Sampai bila politik Mat Sabu akan terus 'berjenaka seperti hikayat Pak Pandir'?
No comments:
Post a Comment