AdSense

Wednesday, August 3, 2011

Kenapa Nik Aziz takut-takut?




Berkenaan pertemuan Tok Guru itu dengan Ku Li. Tok Guru mengharapkan Ku Li menggantikan tempat Anwar Ibrahim. Bukti Tok Guru sudah tidak tahan dengan perangai Ketua Pembangkang itu yang semakin hari semakin rosak akhlaknya. Tindakan Tok Guru itu adalah betul. Tetapi kenapa beliau seolah-olah takut-takut dengan tindakan diri sendiri itu? Adakah takut kepada DSAI? Takut tapi menyimpan perasaan dendam terhadap DSAI. Manakan tidak, masalah demi masalah ditimbulkan ketua pembangkang itu yang semakin memuakkan. Kenapa Tok Guru berasa takut-takut? Adakah kerana kepentingan politik? Kerana politik, tindakan yang elok diketepikan? Dan kerana politik juga perjuangan asal Negara Islam bertukar kepada Negara Kebajikan. Jika DSAI menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri, tiada beza juga dengan Tok Guru ini. Yang mendapat untung tidak lain tidak bukan, Lim Kit Siang dan anak-beranak.

No comments:

Post a Comment