AdSense

Friday, July 29, 2011

Hassan Ali di TONG SAMPAH kan???

Cerita Exco Kanan yang kini tak berapa kanan, Dato' Dr. Hasan Ali kembali menjadi perbualan hangat. Blog RBF telah mendedahkan 1 sikap tidak profesional Kerajaan Negeri melalui 1 Majlis yang jelas membuktikan mantan Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor bakal dicantas terus daripada memegang sebarang portfolio Kerajaan Negeri tersebut. Ia kemudiannya disusuli dengan ketidakpuasan hati beberapa pihak di dalam PAS Selangor yang mempersoalkan tindakan Hasan Ali yang tidak diundang duduk di pentas sebaris dengan Exco2 Kanan yang lain dan ditempatkan di bawah bersama orang ramai. Namun sehingga hari ini pihak Kerajaan Negeri tidak langsung menjawab isu tersebut. Namun, jawapan pegawai kanan MB Selangor mengenai hal tersebut setelah diasak beberapa wartawan amat mencurigakan. Beliau menjawab dengan nada lembut tapi agak berbisa. "Jawatan No. 1 PAS Selangor bukan lagi hak milik beliau. Oleh itu, jangan hendak bertindak berlebih2 an. Beliau patut bersyukur kerana masih kekal sebagai Exco." Wahhh.. Sungguh bongkak jawapan yang diberikan. Mungkin jika Hasan Ali dengar, beliau sendiri akan bertindak agresif. Tapi tidak mungkin. Hasan Ali bukan lagi dilihat Perwira PAS Selangor pada ketika ini. Beliau hanya tunduk dengan pelbagai caci maki dan kritikan kosong yang menyebabkan kehilangan pengaruh di kalangan Pakatan Selangor. Khalid Gagap yang pada mulanya memberi peluang pertama kepada bekas Pengacara Forum Perdana Ehwal Islam itu (Isu Arak dan Judi) dikatakan semakin jelak dan bengang dengan tindakan kedua beliau mencetuskan kontroversi menyokong perlantikan SUK Negeri, Datuk Khusrin. Maka, Khalid Gagap sudah pasti tidak akan memilih beliau mewakili Exco Negeri Selangor pada penggal akan datang. Sehinggakan ada beberapa staf Pejabat Pentadbiran Negeri mengatakan Khalid Gagap menghentak meja ketika Mesyuarat Exco setelah melihat kedegilan Hasan Ali untuk bekerjasama membawa suara PKR dan DAP, sambil mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar. Ramai yang mengatakan era kegemilangan Hasan Ali telah berakhir. Mungkin di peringkat akar umbi PAS Negeri mampu bersabar apabila PAS tidak meneruskan kontrak Hasan Ali menerajui PAS Selangor. Akan tetapi, jika beliau tidak dicalonkan sekali lagi sebagai ADUN Gombak Setia atau mana2 DUN yang lain, masa itu barulah Khalid Gagap akan sembah memohon ampun dan maaf kepada beliau. Sudah lah tu Hasan Ali, lebih baik anda keluar sahaja daripada terus bersubahat dengan tindak tanduk jahat Pakatan. Anda boleh meneruskan aspirasi anda menyebar syiar Islam melalui Ceramah2 Motivasi seperti sebelum ini. Kerana Selangor bukan sahaja masih dilihat kurang Islamik, malah lebih bersikap terbuka. Konsert MTV yang bakal diadakan di Shah Alam memperlihatkan 1 'pembaharuan' Kerajaan Negeri. Malah semasa BN memerintah sekalipun, tidak ada konsert diadakan di Bandar Shah Alam. Adakah itu yang dinamakan toleransi dan kerjasama efektif PAS terhadap DAP dan PKR.? ps : Syabas Blog RBF atas pembongkaran terbaru.

Dari Blog Gelombang Rakyat 

SL : Perpecahan didalam parti PAS semakin kucar-kacir dan porak-poranda semenjak menyertai pakatan haram J ?

No comments:

Post a Comment