AdSense

Wednesday, July 6, 2011

BERSIHkan Anwar Ibrahim

Sedia maklum disebalik tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil atau nama glamournya, BERSIH, hanyalah bertopengkan dari agenda sebenar. Manakan tidak, antara 8 tuntutan yang dibuat telah pun dijawab SPR. Dan perhimpunan yang mengajak rakyat ke jalanan sepertimana kejadian rusuhan pada tahun 1998, ketika DSAI tersepit dan cara paling mudah untuk mengeluarkan beliau dari kemelut masalah itu adalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan.
 Ia nya mudah, negara huru-hara DSAI terlepas dan bebas.
Pada waktu ini, kes liwat Saiful Bukhari dan skandal seks bersama pelacur dari negara China yang mana videonya telah tersebar merata-tempat merumit dan menyerabutkan lagi kepala otak DSAI yang tidak dapat menjawab pertanyaan wartawan mahupun rakyat Malaysia.

Apa yang DSAI tahu hanyalah menafikan serta menuding jari kepada orang lain dengan mengatakan ia nya konspirasi. Apa jenis pemimpin ini? Walhal pemimpin dari barat yang juga kenalan DSAI akan meletak jawatan setelah terlibat dengan skandal-skandal seks. Di Indonesia, pemimpin mereka HANYA menonton video lucah pun meletak jawatannya!!! Berbalik kepada demo Bersih yang dilaungkan pemimpin pembangkang hari ini, dengan 3ribu lebih laporan polis membantah perhimpunan itu membuktikan dan MESEJ buat DSAI !!! Jangan membawa rakyat ke jalanan yang mana membawa kepada keburukan lebih dari kebaikan.
 Kini setelah DYMM Tuanku Mizan bertitah, dan Ambiga yang telah mengadap, dan Bersih akan diadakan di stadium. DAULAT TUANKU! Satu jalan yang sepatutnya difikirkan oleh Ambiga dan sekutu dari dulu lagi. Setelah mendapat tentangan hebat dari rakyat Malaysia, barulah mereka tahu bahawa agenda yang mereka ingin bawa itu DITOLAK rakyat! Disebabkan rasa ego, mereka masih ingin laksanakan perhimpunan Bersih walaupun didalam stadium. Tidak mengapalah kerana kerajaan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, hak bersuara. Ingatlah, kerajaan Malaysia bukanlah seperti negara Libya yang ternyata kuku besi nya. Pelancaran Bersih yang mahu rakyat menumbangkan kerajaan dengan mengajak rakyat ke jalanan tidak lain tidak bukan hanyalah KERANA ANWAR IBRAHIM!

No comments:

Post a Comment