AdSense

Friday, July 8, 2011

BERSIH2.0-Semua Stadium Tak Izin Dikotorkan Kecuali Stadium Melawati Shah Alam !!!

Mula-mula nak buat dijalanan, tempat rakyat membeli-belah dan beriadah bersama keluarga, SOGO. Setelah mendapat tentangan yang maha hebat dari rakyat, peniaga, pemandu teksi dan WARGANEGARA Malaysia, kini Ambiga dan sekutu-kutu beralih tumpuan pula ke dalam stadium. Ada berpendapat Stadium Merdeka yang suatu masa dahulu adalah tempat suci Bapa Kemerdekaan melaungkan kemerdekaan bakal dikotorkan BERSIH2.0. Dan ini juga mendapat tentangan dari pihak yang MASIH MENGINGATI SEJARAH dan ASAL USUL serta cerita bagaimana susah payah negara mencapai kemerdekaan. Apa-apa perbuatan yang berniat menghuru-harakan negara pasti mendapat tentangan dan bantahan rakyat tidak kira apa bangsa baik Melayu, Cina dan India.

Hanya golongan kecil yang bencikan keamanan akan menyokong perhimpunan HARAM Bersih2.0 tersebut. Dan esok, hasrat Ambiga dan sekutu-kutu yang mahu demo haram ini dijalankan di tengah ibukota juga tidak tercapai. Akan tetapi ia akan dijalankan di Stadium Melawati, Shah Alam. Mungkin sudah terlambat buat warga Shah Alam untuk membantah demo haram ini diadakan di tempat mereka. TETAPI warga Shah Alam khususnya tidak terlambat untuk menentukan kerajaan mereka pada PRU ke 13 nanti. 

No comments:

Post a Comment