AdSense

Monday, May 9, 2011

Cerita di Markas Pembangkang

Kasihan apabila melihat perjalanan kisah duka dan duka dan selama-lamanya duka parti pakatan terutamanya PKR dan PAS (DAP suka aje tiada duka)
Mula-mula, Tabur Janji. Cerita/Ceramah yang maha hebat. Sampaikan digelar ANUGERAH ! Wow...!
Cerita sana sini bahawasanya dia lah pemimpin yang layak menerajui Malaysia. Dia seorang sahaja yang mampu memimpin negara. Dia seorang sahaja yang boleh memberi rakyat kemakmuran. Tetapi sebaliknya berlaku. Sejarah, ketika pemilihan parti lepas, berlaku kekecohan. Sebelum itu, berlaku di Perak. Berebut kerusi. Berebut pangkat. Hai, dalam dewan kecil pun tak mampu nak urus, macam mana mahu tadbir negara yang ada 14 buah ini? Belum lagi ditambah dengan isu moral yang teruk.
Sendiri punya kesalahan dituding jari pula kepada orang lain. Dikatakan konspirasi. Masih terus membuat penafian sehingga tidak mampu untuk menjawab 3 soalan cepumas (DNA, Omega, Sumpah Laknat) Tiga benda yang amat sensitif baginya.


Kemudian, lancarkan perang 'Lawan Tetap Lawan'. Sampai orang nak bersumpah pun dihalang. Yalah, lawan tetap lawan. Orang yang mahu bercakap benar dengan tuhannya pun dihalang. Itu urusan dia dengan tuhannya, jika dia berbohong, dia akan dilaknat. Wahai kesemua ahli PKR dan PAS seluruh Malaysia, What is your problem?

Sudah-sudahlah dengan perjuangan sia-sia kalian itu. Sudah jelas parti kalian tidak relevan lagi. Tak mampu untuk mendahulukan rakyat pun ! Sedarlah bahawa Anwar Ibrahim itu adalah petualang bangsa dan pemecahbelah kaum di Malaysia ini !

2 comments:

  1. Assalamualaikum.....
    saya blogger baru memohon jasa baik tuan dapat link kan blogs saya ker blogs tuan..
    blogs tuan dah pun saya link kan ke blogs saya..

    http://matmalaya.blogspot.com/

    ReplyDelete