Thursday, May 22, 2025

SURAT TERBUKA DARI HOSPITAL UNTUK PMX & MENTERI KESIHATAN (BACA SAMPAI HABIS)

 



Kami Tidak Minta Dilayan Macam Menteri. Cukup Dilayan Macam Manusia.


Cuba tanya diri sendiri:


Kalau mak ayah kita kerja dari 7 pagi, berdiri, tukar lampin orang tua, lari ke X-ray, kena marah depan pesakit, follow Doktor2 buat round, kena buat report, balik lambat, anak kat rumah makan Maggie…


Agak-agak, boleh tahan ke hidup macam tu 30 tahun?

Itulah kehidupan pekerja kesihatan di Malaysia hari ini.


Sistem Kesihatan Kita, Siapa Sebenarnya Yang Sedang Sakit?


Rakyat memang sakit. Tapi yang rawat pun makin tenat.

Doktor? Burnout.

Jururawat? Tertekan.

MA? Trauma.

Farmasi? Letih macam kilang.

Tapi kami tetap kerja, tetap senyum, sebab ini jihad dan punca rezeki kami.


Tapi bila kami tersilap sedikit…


“Explain this please.”

“Memo naik ke pejabat.”

Tak cukup dengan beban kerja fizikal, kami dihukum dengan tekanan mental.


Padahal bila kami buat terbaik, jaga pesakit macam keluarga sendiri.

ada siapa datang peluk dan cakap “Terima kasih”?


Realiti Yang Semua Tak Nampak:

• ada HO kerja 60-70 jam seminggu. Balik rumah seminggu dua - tiga kali.

• Nurse round tak berhenti, tukar pampers, lap darah, urus emosi.

• MA tolak pesakit 200kg tanpa lif khas.

• Pharmacist, PT, dietitian semua kerja tanpa penghargaan.


Semua ini berlaku dalam sistem yang masih pakai skrip zaman kolonial.


Kalau Bukan Sekarang Nak Reform, Bila Lagi?


Negara luar dah lama letak kebajikan frontliner sebagai keutamaan.

Malaysia? Masih takut nak ubah skrip lama.


Kami tak nak tepukan lagi. Kami nak polisi. Kami nak pelan tindakan.


5 CADANGAN REFORMASI KESIHATAN YANG WAJIB DILAKSANAKAN:


1. TUBUHKAN SURUHANJAYA KHAS FRONTLINER.

Biar suara nurse, MA, MO, pakar naik direct ke kabinet. Jangan tapis suara kami di meja atasan.


2. CUTI ‘MENTAL HEALTH DAY’ AUTOMATIK 2 KALI SETAHUN.

Tanpa MC, tanpa alasan. Cukup rehat sehari, kami insyaAllah akan kembali kuat.


3. DASAR PENYATUAN KELUARGA PENJAWAT AWAM.

Ramai pasangan dipisahkan dan berpisah bertahun lama demi kerja.Mereka bukan robot.Mereka adalah suami, isteri, ibu, bapa kepada seseorang.


4. SISTEM SHIFT FLEKSIBEL & WFH UNTUK UNIT BUKAN KRITIKAL.

Rekod, farmasi, pengurusan boleh adjust waktu kerja. Kenapa semua mesti 8 pagi – 5 petang?


5. HARI FRONTLINER NASIONAL YANG BETUL-BETUL DIRAIKAN.

Bukan setakat banner, digital poster..Tapi cuti khas, anugerah, fun run, dan pengiktirafan tahunan.


Kami Tak Minta Gaji Jutaan. Kami Cuma Nak Dihargai.


Nak jimat kos negara?

Beri motivasi. Bila semangat kerja hidup, pesakit gembira, sistem stabil.


Kalau semangat kerja mati,

kos train staf baru, kehilangan tenaga pakar, itu lebih mahal daripada naikkan elaun atau beri insentif.


PM Anwar Ibrahim. Dr Dzulkefly.


Kami jaga negara waktu pandemik.

Kami kerja lebih masa, menangis dalam PPE, tak balik rumah berminggu.

Kami tak lupa apa yang kami korban.


Tapi sekarang kami tanya…

“Siapa pula jaga kami?”


JANGAN TUNGGU SAMPAI YANG TERBAIK BERHENTI BARU NAK BERUBAH.


Kami bukan ancaman.

Kami tulang belakang.

Tapi tulang belakang pun boleh patah kalau asyik dibebani.


INI BUKAN RAYUAN. INI SERUAN REFORMASI.


Kalau negara nak jadi maju,

mulakan dengan jaga orang yang jaga kesihatan rakyat.


Dr Ahmad Fadhzil Mohamad

MPM 55411


SUMBER


Menteri Kesihatan, Dr. Dzul dari parti Amanah dan Dr Ahmad Fadhzil Mohamad merupakan Ketua Pemuda Amanah Negeri Perlis.

PMX DS Anwar adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan Dr Ahmad Fadhzil Mohamad juga merupakan Ketua Angkatan Muda Harapan Negeri Perlis.








𝙒𝙚𝙡𝙘𝙤𝙢𝙚 𝙗𝙖𝙘𝙠 𝙗𝙤𝙨𝙨! 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙧𝙚𝙨𝙝 𝙩𝙝𝙤𝙪𝙜𝙝𝙩𝙨 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙥𝙩𝙞𝙢𝙞𝙨𝙩𝙞𝙘 𝙖𝙥𝙥𝙧𝙤𝙖𝙘𝙝𝙚𝙨, 𝙬𝙚'𝙧𝙚 𝙨𝙪𝙧𝙚 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙞𝙨 𝙞𝙣 𝙜𝙤𝙤𝙙 𝙝𝙖𝙣𝙙𝙨!


Protes pertama dalam sejarah Malaysia oleh doktor-doktor sektor swasta. Padan muka korang.




No comments:

Post a Comment