Wednesday, October 9, 2024

DAP PULAU PINANG BUKA PINTU KEPADA TENTERA CHINA?



Pada 5 Oktober, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ada menyiarkan siaran media bertajuk "PENGERUSI SPPP SAMBUT KEDATANGAN KAPAL TENTERA LAUT CHINA KE SPCT"


Tanpa berselindung, ditulis bahawa Pengerusi SPPP YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin telah menyambut ketibaan dua buah kapal tentera laut dari negara China ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).


Kejap,


Mungkin ada yang tak tahu, pelabuhan-pelabuhan yang ada di Malaysia seperti SPPP ini adalah badan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Dan pada ketika ini, Menteri Pengangkutan adalah Anthony Loke, yang juga Setiausaha Agung (Ketua / Presiden) bagi parti DAP.


Manakala pengerusi-pengerusi pelabuhan adalah lantikan politik. Misalnya Pengerusi SPPP, Yeoh Soon Hin, sebelum ini merupakan ADUN bagi Paya Terubong yang menyarung baju PH-DAP. Loke pernah kata dan janji untuk naikkan Yeoh sebagai calon pada PRU ke-16 akan datang.


Artikel berkaitan di komen.


Berbalik kepada cerita kapal tentera China....


3 hari kemudian, selepas mendarat di P. Pinang, iaitu pada 8 Oktober 2024, portal berita berbahasa Inggeris The Star melaporkan tentera China masuk ke sebuah sekolah di Pulau Pinang, negeri yang diperintah oleh DAP.


Memetik laporan berita itu, seramai 150 orang tentera China mendarat dan memasuki sekolah tersebut untuk melawat serta berinteraksi dengan para pelajar.


Kata Pengetua sekolah, Ng Jooi Seah, ia peluang yang sangat baik dan memberi pengalaman unik buat para pelajar.


“There were around 150 of them who wanted to visit us and interact with the students.


“It was a great opportunity for us and a unique experience for the students.


“The visitors gave out some school bags and basketballs to the students as well,”


Laporan berita di ruangan komen.


Timbul persoalan;


1. Bagaimana DAP mahu menyanggah persepsi awam dan menafikan bahawa DAP membuka pintu kepada tentera China?


2. Kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat begitu berbangga dan taksub dengan tentera China?


3. Adakah tentera negara asing bebas keluar masuk ke sekolah-sekolah yang terdapat di negara ini?


4. Adakah kemasukan tentera China melalui pintu pelabuhan Pulau Pinang mendapat restu Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab terhadap pelabuhan-pelabuhan di negara ini?


5. Pada 9 September 2024, Wisma Putra telah sahkan terima laporan kehadiran kapal tentera laut asing. Adakah situasi ini sedikitpun tidak membimbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang? Jika bimbang, apa langkah atau tindakan yang diambil?


ARTIKEL BERKAITAN


PENGERUSI SPPP SAMBUT KEDATANGAN KAPAL TENTERA LAUT CHINA KE SPCT


Yeoh Soon Hin dicadang sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan P.Pinang


A warm welcome for the Chinese Navy in Penang


Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China berlegar di perairan Malaysia


Wisma Putra sahkan terima laporan kehadiran kapal tentera laut asing


Sumber FB Suara Orang Ramai


No comments:

Post a Comment