AdSense

Tuesday, September 10, 2024

SIJIL HALAL DAP




Kenapa aku guna tajuk Sijil Halal DAP? Sebab, isu ini mula jadi perhatian apabila Ahli Parlimen DAP, dari kawasan Seputeh, Kuala Lumpur mula membangkitkan isu ini. Teresa Kok ini juga adalah Naib Pengerusi DAP, satu jawatan yang tinggi dalam parti.


Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mempertimbangkan cadangan mewajibkan sijil halal kepada semua restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol.


Jakim pertimbang wajibkan sijil halal


Ok pertama, ini baru di peringkat cadangan. Bagi aku, lebih baik Menteri kata macam ni, "Ada cadangan untuk mewajibkan sijil halal kepada semua restoran, tetapi sebelum itu kita akan adakan libat urus bersama semua pihak terutama pengusaha restoran muslim dan bukan muslim."


Atau pun, tak perlu pun keluar kenyataan. Buat kerja dulu, adakan sesi libat urus dulu, bila dah capai keputusan, barulah umum pada media dan orang ramai.


Ok, isu kedua, pasal Teresa Kok. Sebenarnya, sebelum Teresa Kok, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dari MCA telah bangkitkan perkara sama. Wee Jeck Seng adalah Ahli Parlimen Tanjung Piai merangkap Naib Presiden MCA. Tapi nada Jeck Seng yang keluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin itu lebih diplomasi, lebih lembut, lebih profesional dan lebih baik berbanding Teresa Kok. Dia meminta pemimpin DAP yang ramai jadi menteri, yang ramai ada dalam Kabinet, yang ramai jadi Ahli Parlimen supaya buat kerja - setidaknya pergilah jumpa Naim untuk berbincang, dapatkan penjelasan, jadi jambatan penghubung yang membawa semangat perpaduan.


Sejujurnya aku setuju dengan pandangan kawan-kawan bukan Islam. Contoh restoran dalam kawasan tokong, mereka adalah vegetarian. Mereka tak jual babi dan alkohol. Pengunjung mereka pula 100% bukan Islam. Takkan mereka perlu dapatkan sijil halal sedangkan 100% pelanggan mereka bukan Islam? Kalau ada sijil halal, tidakkah ia seolah-olah menghina Islam dan menggalakkan orang Islam masuk tokong?


Cuma aku tak setuju dengan cara Teresa Kok DAP ini. Apa kejadahnya dia kata ini memalukan negara? Pemimpin DAP ini sepatutnya belajar dengan MCA dan Barisan Nasional dalam menguruskan isu-isu sensitif. Sebab tu aku kata cara Wee Jeck Seng dari MCA ini lebih profesional, bukan emosi macam Teresa Kok DAP. DAP dah jadi kerajaan, dah jadi menteri, duduk dalam Kabinet, setiap minggu ada mesyuarat kabinet, Ahli Parlimen pun ramai. Jadi bincanglah elok-elok, buat mesyuarat tertutup dan dapatkan keputusan yang menang-menang, win-win situation. Agama Islam terpelihara, begitu juga hak masyarakat bukan Islam. 


'Wajibkan sijil halal akan tambah beban peniaga, malukan negara' - Teresa Kok


Ya, agama Islam berada di kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia. Agama Islam agama rasmi, tidak dinafikan. Cuma dalam perlembagaan sama juga kata tentang hak masyarakat bukan Islam, atas semangat demokrasi. Macam aku cakap tadi, pasal restoran dalam tokong. Kau nak galakkan orang Islam masuk tokong ke sebab dalam tu ada restoran yang memiliki sijil halal?


Kesimpulannya;


1. Teresa Kok jangan beremosi terlebih. Parti kau duduk dalam kabinet, sudah jadi kerajaan, bukan pembangkang lagi. Jadi kau gunalah saluran betul. Bincang secara tertutup, macam cara BN selama ini bila berdepan isu sensitif.


2. Naim / JAKIM tak perlu bersungguh nak tunjukkan kerajaan PH ini terpaling Islamik. Tak perlu, sebab memang Malaysia meletakkan Islam di tempat paling tinggi. Kalau benda-benda yang baru diperingkat cadangan, tak perlu hebahkan kepada media dan orang ramai. Buat kerja dulu, tunjukkan hasil saja.


SUARALENSA

10/9/2024


No comments:

Post a Comment